Keberkesanan Kaunseling Kelompok Tingkah Laku Kognitif Terhadap Kemarahan Dan Agresif Dalam Kalangan Banduan Penjara Lelaki

Norzihan Ayub and Rohany Nasir and Mohd Suhaimi Mohamad and Nor Ba’yah Abdul Kadir (2016) Keberkesanan Kaunseling Kelompok Tingkah Laku Kognitif Terhadap Kemarahan Dan Agresif Dalam Kalangan Banduan Penjara Lelaki. Jurnal Psikologi Malaysia, 30 (1). pp. 40-51. ISSN 2289-8174

[img]
Preview
Text
Keberkesanan kaunseling kelompok tingkah laku kognitif terhadap kemarahan dan agresif dalam kalangan banduan penjara lelaki.pdf

Download (129kB) | Preview
[img]
Preview
Text
KEBERKESANAN KAUNSELING KELOMPOK TINGKAH LAKU KOGNITIF TERHADAP KEMARAHAN DAN AGRESIF DALAM KALANGAN BANDUAN PENJARA.pdf

Download (321kB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan kaunseling kelompok tingkah laku kognitif terhadap kemarahan dan agresif dalam kalangan banduan penjara lelaki di penjara Malaysia. Seramai 40 orang banduan penjara lelaki terlibat dalam kajian ini. Subjek diagihkan kepada kelompok rawatan (N=20) dan kelompok kawalan (N=20) melalui kaedah persampelan bertujuan. Subjek kemudian dibahagikan kepada kelompok kecil (dua kelompok rawatan) dan (dua kelompok kawalan) yang mana setiap kelompok terdiri daripada 10 orang banduan penjara. Kelompok rawatan telah menjalani proses kaunseling kelompok sebanyak lapan sesi. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada State­Trait Anger Expression Inventory­2 (STAXI­2) dan Aggression Questionnaire (AQ) yang digunakan untuk mengukur emosi kemarahan dan tingkah laku agresif. Data telah dianalisis dengan menggunakan analysis of covariance(ANCOVA) pada nilai aras kesignifikanan 0.05. Keputusan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam min ujian pra dan min ujian pos pada skala STAXI-2 iaitu keadaan kemarahan, tret kemarahan dan peluahan kemarahan luaran di antara kelompok rawatan dan kelompok kawalan. Walaubagaimanapun keputusan menunjukkan tidak terdapat perbezaan pada skala peluahan kemarahan dalaman, kawalan kemarahan luaran dan kawalan kemarahan dalaman di antara kedua-dua kelompok tersebut. Keputusan kajian ini juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam min ujian pra dan min ujian pos pada agresif di antara kelompok rawatan dan kelompok kawalan. Beberapa implikasi kajian dan cadangan untuk kajian lanjutan turut dikemukakan.

Item Type: Article
Keyword: Cognitive behavioural group counselling, Prisoners, Anger, Aggression, Kaunseling kelompok tingkah laku kognitif, Banduan, Emosi kemarahan, Tingkah laku agresif
Subjects: R Medicine > RC Internal medicine
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: OTHMAN HJ RAWI -
Date Deposited: 11 Jun 2019 14:11
Last Modified: 28 Dec 2020 13:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22166

Actions (login required)

View Item View Item