Keberkesanan perkhidmatan bas mini di Kota Kinabalu Sabah (The effectiveness of the mini bus services in Kota Kinabalu, Sabah)

Harifah Mohd Noor and Mazdi Marzuki and Jabil Mapjabil and Oliver Valentine Eboy (2016) Keberkesanan perkhidmatan bas mini di Kota Kinabalu Sabah (The effectiveness of the mini bus services in Kota Kinabalu, Sabah). Geografia – Malaysian Journal of Society and Space, 12 (12).

[img]
Preview
Text
Keberkesanan perkhidmatan bas mini di Kota Kinabalu Sabah.pdf

Download (126kB) | Preview

Abstract

Bas mini adalah satu mod daripada pengangkutan awam darat yang beroperasi di Sabah khususnya di Bandaraya Kota Kinabalu. Perkhidmatan pengangkutan ini amat diperlukan bagi menghubungkan antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar di Sabah. Namun operasi perkhidmatan bas mini sering dikaitkan dengan ketidak berkesanan perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna. Makalah ini bertujuan untuk mengkaji komponen-komponen yang menimbulkan ketidak keberkesanan perkhidmatan bas mini di Sabah. Metodologi kajian yang digunakan ialah kaji selidik terhadap 988 orang responden di Kota Kinabalu. Faktor analisis dan Confirmatory Factor Analysis (CFA) digunakan untuk menganalisis 24 parameter dalam mengkaji keberkesanan perkhidmatan bas mini. Hasil kajian menghasilkan tiga komponen keberkesanan perkhidmatan bas mini iaitu faktor keselesaan, kebolehsampaian dan keselamatan. Skor min bagi faktor kebolehsampaian bas mini lebih tinggi berbanding faktor keselamatan dan keselesaan. Penemuan ini membuktikan bas mini diperlukan penduduk di Sabah kerana kebolehsampaian yang tinggi. Namun faktor keselesaan dan keselamatan bas mini perlu diberi keutamaan oleh pihak berkuasa untuk penambahbaikan supaya menarik lebih ramai penduduk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam ini.

Item Type: Article
Keyword: minibus, effectiveness factor of minibus, Kota Kinabalu, public transport, users, services.
Subjects: H Social Sciences > HE Transportation and Communications
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: OTHMAN HJ RAWI -
Date Deposited: 11 Jun 2019 14:11
Last Modified: 11 Jun 2019 14:11
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22168

Actions (login required)

View Item View Item