Keparahan kemarau hidrologi di Lembangan Sungai Lui, Hulu Langat Selangor

Nordin Sakke and Hamirdin Ithnin and Mapa, Mohammad Tahir Mapa and Azali Saudi (2016) Keparahan kemarau hidrologi di Lembangan Sungai Lui, Hulu Langat Selangor. GEOGRAFIA : Malaysian Journal of Society and Space, 4 (1). pp. 1-14. ISSN 2180-2491

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (88kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (454kB) | Request a copy

Abstract

Kemarau hidrologi merupakan fenomena kekurangan air yang ekstrem yang selalunya memberikan impak ke atas kehidupan normal manusia.Impak kemarau ini amat bergantung pada tahap keparahan sesuatu peristiwa kemarau. Tahap keparahan kejadian kemarau hidrologi boleh digambarkan melalui tempoh atau jumlah defisit kemarau. Tempoh kemarau yang panjang dan jumlah defisit air yang tinggi merupakan petunjuk penting bagi keekstreman kemarau. Artikel ini mengkaji tahap keparahan kemarau di lembangan Sungai. Lui, Hulu Langat, Selangor. Dalam konteks kajian ini, nilai lampauan (persentil - Q) daripada keluk tempoh alir (KTA) digunakan untuk menentukan peristiwa kemarau. Tempoh 48 tahun data luahan bagi stesen Lui digunakan bagi menentukan nilai Q. Dengan menggunakan persentil Q70 = 1.15 m3s-1sebagai paras ambang (PA) asas kemarau yang diperoleh daripada KTA, didapati tempoh dan jumlah defisit luahan yang terhasil adalah berbeza mengikut kelas keparahan kemarau. Berpandukan kepada analisis, tempoh kumulatif kemarau yang melanda ialah selama 2061 hari pada PAQ70, 1742 hari pada PAQ80, 542 hari pada PAQ90 dan 204 hari pada PAQ95. Tempoh peristiwa kemarau terpanjang direkodkan pada tahun 1989 iaitu 250 hari. Bagi jumlah defisit kumulatif pula, PAQ70 mencatatkan jumlah sebanyak 1183 m3s-1, Q80 sebanyak 598 m3s-1, Q90 sebanyak 116 m3s-1 sebanyak 148 m3s-1. Daripada jumlah ini, 49.5 % dikategorikan sebagai Kemarau Biasa (Q70 – Q79.9), 40.7 % dikategorikan sebagai Agak Kemarau (Q80 – Q89.9), 7.3 % dikategorikan Kemarau Sederhana (Q90 – Q94.9) dan selebihnya iaitu 2.5 % dikategorikan Parah (Q95 ke atas).

Item Type: Article
Keyword: Geography, Anthropology, Recreation, GE Environmental Sciences
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GB Physical geography > GB3-5030 Physical geography > GB651-2998 Hydrology. Water
G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 11 Jun 2019 13:56
Last Modified: 25 Jan 2024 16:02
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22191

Actions (login required)

View Item View Item