Kepimpinan Pengajaran dan Sikap Guru Bahasa Melayu

Mohd Khairuddin Abdullah and Halimah Laji (2014) Kepimpinan Pengajaran dan Sikap Guru Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4 (1). ISSN 2180-4842

[img]
Preview
Text
Kepimpinan Pengajaran dan Sikap Guru Bahasa Melayu.pdf

Download (127kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara kepemimpinan pengajaran guru dan sikap guru Bahasa Melayu dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah di negeri Sabah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah korelasi-deskriptif. Responden kajian ini melibatkan sebanyak 429 orang guru bahasa Melayu yang dipilih secara rawak berstratifikasi. Satu set soal selidik yang mengandungi lapan puluh enam item menggunakan skala Likert digunakan untuk mendapatkan maklum balas daripada responden. Data-data dianalisis menggunakan Statistical Program Social Science (SPSS).Kaedah statistik deskriptif dan statistik inferens seperti min, kekerapan, sisihan piawai, ANOVA sehala dan korelasi Pearson dioperasikan untuk menganalisis hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan (i) skor min kepemimpinan pengajaran dan sikap guru berada pada tahap yang kuat, (ii) analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepemimpinan pengajaran dengan sikap guru, (iii) analisis ANOVA Sehala pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kepimpinan pengajaran berdasarkan kelayakan ikhtisas dan pengalaman mengajar bahasa Melayu.

Item Type: Article
Keyword: Kepemimpinan, pengajaran, sikap, guru, bahasa Melayu
Subjects: ?? LB2300 ??
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: OTHMAN HJ RAWI -
Date Deposited: 11 Jun 2019 14:06
Last Modified: 11 Jun 2019 14:06
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22203

Actions (login required)

View Item View Item