Sumber semulajadi dan kepentingannya terhadap sosioekonomi komuniti pesisir Pantai Timur Sabah.

Maine Suadik and Fadzilah Majid Cooke and Ramzah Dambul and Jurry Foo (2015) Sumber semulajadi dan kepentingannya terhadap sosioekonomi komuniti pesisir Pantai Timur Sabah. Jurnal Kinabalu (eJK), 21. ISSN 1394-4517

[img]
Preview
Text
Sumber semulajadi dan kepentingannya terhadap sosioekonomi komuniti pesisir Pantai Timur Sabah.pdf

Download (125kB) | Preview

Abstract

Persoalan yang sering diutarakan berkait dengan sumber semula jadi pesisir pantai adalah tentang kemampuannya menyumbang kesejahteraan hidup masyarakat. Lazimnya, sumber semula jadi di pesisir bukan sahaja penting dalam menjana peningkatan ekonomi, tetapi juga sebagai sumber makanan, menjadi asas kepada pengukuhan hubungan sosial dan jaringan keselamatan antara penduduk, serta berguna dalam aktiviti penyembuhan penyakit dan ritual tradisional. Justeru, artikel ini membincangkan kepentingan sumber semula jadi di pesisir pantai timur Sabah terhadap kehidupan sosioekonomi masyarakat di kawasan tersebut. Kajian bersifat kualitatif telah dilakukan melalui kaedah temu bual berstruktur menggunakan borang soal selidik terhadap seramai 411 orang responden. Turut dilaksanakan ialah temu bual mendalam (in-depth interview) dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan sumber semula jadi (flora dan fauna) di pesisir pantai timur Sabah sememangnya mempunyai pelbagai kepentingan. Sumber tersebut bukan sahaja berjaya memacu peningkatan ekonomi komuniti nelayan tetapi juga berguna dalam konteks kehidupan sosial mereka.

Item Type: Article
Keyword: Komuniti pesisir, zon pesisir pantai, sumber semula jadi, flora, fauna.
Subjects: H Social Sciences > HC Economic history and conditions
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: OTHMAN HJ RAWI -
Date Deposited: 19 Jun 2019 07:49
Last Modified: 19 Jun 2019 07:49
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22284

Actions (login required)

View Item View Item