Chemical Composition (Phosphorus, Oil & Grease) in drainage water around Kota Kinabalu city centre area

Suzita Anan (2007) Chemical Composition (Phosphorus, Oil & Grease) in drainage water around Kota Kinabalu city centre area. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Chemical coposition (phosphorus, oil and grease) in drainage water around Kota Kinabalu city centre area.pdf

Download (230kB) | Preview

Abstract

Fokus utama kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan komposisi ortofosfat dan minyak & gris di dalam air longkang di kawasan pusat Bandar Kota Kinabalu. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan bagaimana kandungan kedua -dua parameter ini tersebar mengikut kawasan serta menentukan sama ada pembuangan minyak & gris ke dalam saliran pant tersebut adalah mematuhi piawai nasional bagi pembuangan sisa efluen. Penyelidikan ini melibatkan kedua-dua pengukuran di lapangan dan analisis makmal. Parameter fizikal iaitu pH, oksigen terlarut (DO), kekonduksian dan suhu diukur secara terus di lapangan. Manakala bagi parameter kimia, analisis makmal menggunakan kaedah Asid Askorbik dan gravimetri dilakukan untuk menentukan kandungan ortofosfat dan minyak & gris masing-masing. Tujuh saliran pant yang terletak di Api-Api, Pasar Segar Awam, Jalan Gaya, Taman Bandaraya, Kg. Air dan Asia City dipilih sebagai tempat persampelan. Persampelan dijalankan sebanyak dua kali pada hari yang berbeza bagi setiap lokasi tersebut. Berdasarkan kajian ini, didapati kandungan ortofosfat berada dalam julat antara 0.3 mgl-' hingga 3.2 mgl"1. Manakala kandungan minyak & gris adalah dalam julat 30 mgl-' hingga 123 mgl"'. Kedua-dua parameter tidak tersebar secara seragam di sekitar kawasan pusat Bandar Kota Kinabalu di mana keputusan adalah berbeza mengikut lokasi saliran parit tersebut dan kegiatan yang dijalankan dalam setiap kawasan tertentu. Kawasan Pasar Segar Awam dan Api-Api mengandungi kuantiti paling tinggi bagi kedua-dua ortofosfat dan minyak & gris. Jalan Gaya mempunyai kandungan paling rendah bagi kedua-dua parameter tersebut. Pembuangan minyak & gris di semua lokasi kajian melebihi piawai efluen (Piawai A, B) dalam Akta Kualiti Alam Sekitar (Efluen Industri & Kumbahan) Peraturan 1979.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Orthophosphates , drainage water , Kota Kinabalu
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 11 Jul 2019 15:39
Last Modified: 11 Jul 2019 15:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22586

Actions (login required)

View Item View Item