Sedimentologi dan tektonik sedimen Kuaterner Sabah barat

Felix Tongkul (2001) Sedimentologi dan tektonik sedimen Kuaterner Sabah barat. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Sedimentologi dan tektonik sedimen Kuaterner Sabah barat.pdf

Download (84kB) | Preview
[img] Text
Sedimentologi dan tektonik sedimen Kuaterner Sabah barat.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Kajian ini telah memetakan endapan kerikil dan pasir Kuatemer dalam jumlah yang besar di kawasan-kawasan Keningau, Tenom, Sipitang, Kuala Penyu dan Ranau. Analisis sedimentologi mendapati sebahagian besar sedimen ini diendapkan di sekitaran kipas aluvial dan fluvial, dan butirannya berpunca dari unit batuan di sekelilingnya. Batu pasir yang disimen oleh lumpur dari Fonnasi-fonnasi Trusmadi, Crocker dan Meligan membentuk sebahagian besar endapan kerikil. Oleh yang demikian kerikil di sini tidak menghasilkan bahan agregat yang keras. Kerikil dari kawasan Sipitang dan Kuala Penyu mudah menjadi pasir putih setelah terluluhawa. Kerikil dari Lembah Keningau, yang secara relatifnya mengandungi peratusan agregat keras, seperti kuarza dan kuarzit yang lebih tinggi, dan tentuaturan yang lebih baik merupakan endapan yang paling sesuai untuk digunakan sebagai bahan binaan. Sementara kerikil pelbagai wama dari Lembah Ranau boleh digunakan sebagai batuan perhiasan. Pasir putih yang dikenali sebagai pasir silika yang terdapat dengan meluas di kawasan Sipitang dan Kuala Penyu mungkin boleh digunakan sebagai agregat konkrit bennutu tinggi. Kajian tektonik menunjukkan bahawa sebahagian besar sedimen Kuatemer tidak mengalami canggaan yang hebat. Beberapa sesar normal dengan peralihan sekitar 1-3 meter yang dijumpai di kawasan-kawasan Ranau, Keningau dan Tenom mungkin berkaitan dengan gegaran gempabumi minor. Kehadiran endapan kerikil pada ketinggian sekitar 50-300 meter di atas dataran banjir moden menunjukkan perubahan paras laut semasa Kuatemer.

Item Type: Research Report
Keyword: Rock , Sabah , Mudcemented sandstone
Subjects: Q Science > QE Geology
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 30 Sep 2019 08:29
Last Modified: 30 Sep 2020 10:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23079

Actions (login required)

View Item View Item