Hubungan sokongan sosial dengan kadar relaps: satu kajian multibudaya di Sabah, Malaysia

Zall Kepli MD Rejab and Md. Shuaib Che Din and Balan Rathakrishnan and Joki Perdani Sawai (2007) Hubungan sokongan sosial dengan kadar relaps: satu kajian multibudaya di Sabah, Malaysia. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Hubungan sokongan sosial dengan kadar relaps.pdf

Download (106kB) | Preview

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat hubungan di antara sokongan sosial dengan kadar relaps di kalangan penagih separa pulih di Sabah. Kajian ini juga melihat samada terdapat perbezaan sokongan sosial mengikut etnik, jantina dan tahap pendidikan di kalangan ibu bapa, saudara, kawan dan jiran penagih separa pulih. Kajian ini juga memberi tumpuan kepada samada terdapat perbezaan sokongan sosial yang dipersepsikan oleh penagih separa pulih mengikut etnik dan tahap pendidikan. Selain itu, kajian ini juga melihat kepada perbezaan dari segi etnik terhadap kadar relaps. Soal selidik Sokongan Sosial 1 (SSS.I) dan Soal Selidik Sokongan Sosial 2 (SSS.2), dibentuk untuk mengukur sokongan sosiaI dan sokongan sosial yang dipersepsikan. Kedua-dua alat mempunyai tahap kebolehpercayaan iaitu 0.71 dan 0.82. SSS.1 telah diedarkan kepada 172 orang banduan dadah di Penjara Tawau, Penjara Sandakan dan Penjara Kota Kinabalu (Lelaki dan Wanita), manakala SSS.2 diedarkan kepada 175 orang ahli keluarga, kawan dan jiran penagih separa pulih. Soal selidik yang telah diisi dikumpulkan dan diklasifikasikan mengikut etnik K.adazanIDusun, Bajau, Cina, Melayu dan lain-lain). Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara sokongan sosial dengan kadar relaps di kalangan penagih separa pulih. Keputusan juga menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan dari segi etnik, jantina dan tahap pendidikan ke atas pemberian sokongan sosial di kalangan ibu bapa, saudara, kawan dan jiran penagih separa pulih. Pada masa yang sarna, tidak terdapat perbezaan sokongan sosiaI yang dipersepsikan oleh penagih separa pulih mengilrut etnik dan tahap pendidikan. Selain itu, basil kajian juga menWljukkan bahawa tidak terdapat perbezaan kadar relaps mengikut etnik di kalangan penagib separa pulih.

Item Type: Research Report
Keyword: Social support , Sabah , ethnic
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 29 Jul 2019 12:17
Last Modified: 29 Jul 2019 12:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23136

Actions (login required)

View Item View Item