Perspektif Amerika Syarikat terhadap kegawatan ekonomi Asia Tenggara. Kajian kes : Malaysia

Asmady Idris (1998) Perspektif Amerika Syarikat terhadap kegawatan ekonomi Asia Tenggara. Kajian kes : Malaysia. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Perspektif Amerika Syarikat terhadap kegawatan ekonomi Asia Tenggara.pdf

Download (68kB) | Preview
[img] Text
Perspektif Amerika Syarikat terhadap kegawatan ekonomi Asia Tenggara.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian penyelidikan ini menumpu kepada perspektif dan peranan Amerika Syarikat dalam menstabilkan semula krisis ekonomi Asia Jenggara, sambil memberikan perhatian kepada langkah dan inisiatif kerajaan Malaysia (sebagai kajian kes) untuk memulihkan situasi malap ekonomi kepada pertumbuhan normal dan dinamik. Untuk menjadikan perbincangan lebih kritikal dan analitikal, kajian ini menggabungkan aplikasi teoritikal dan penggunaan data terkini. Teori yang dianalisis ialah Teori Angsa Terbang oleh Akamatsu Kaname (1930-an) sewaktu beliau menjalankan penyelidikan tentang industri tekstil di Jepun. Intipati utama teori ini ialah ia mengatakan bahawa Jepun, secara tidak langsung' adalah penyumbang utama pembangunan industri negara-negara di Asia Timur dan Asia Tenggara. Dengan kata lain, Jepun adalah ibu angsa, manakala negara-negara Asia yang lain adalah anak-anak angsa. Teori ini telah dikaji lagi secara terperinci oleh Bruce Cumings (1987) dan mendapati bahawa wujud senarip pergantungan antara Jepun dan negara-negara Asia. Berdasarkan kepada teori ini, penulis telah menjadikannya sebagai asas perbincangan tentang penglibatan Amerika Syarikat dalam krisis ekonomi ini. Dari hasil kajian, penulis mendapati bahawa teori Angsa Terbang merupakan 'batu sandungan' kepada penglibatan Washington sepenuhnya sehingga kuasa utama dunia ini dipertikai oleh pelbagai pihak. Seterusnya, rata-rata menyedari bahawa permasalahan krisis ekonomi Asia Tenggara merupakan masalah global dan sewajamya semua pihak bekerjasama ke arah proses pemulihan. (Untuk keterangan selanjutnya sila lihat laporan l~ngkap penyelidikan).

Item Type: Research Report
Keyword: United States of America , Southeast Asia , Economy
Subjects: H Social Sciences > HB Economic theory. Demography
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 16 Aug 2019 08:51
Last Modified: 26 Jan 2024 15:50
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23331

Actions (login required)

View Item View Item