Amalan penyelidikan di kalangan guru sekolah menengah di negeri Sabah

Vincent Pang (2000) Amalan penyelidikan di kalangan guru sekolah menengah di negeri Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Amalan penyelidikan di kalangan guru sekolah menengah di negeri Sabah.pdf

Download (68kB) | Preview
[img] Text
Amalan penyelidikan di kalangan guru sekolah menengah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (656kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan meninjau sejauh mana penyelidikan dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah di negeri Sabah dan apakah kekangan kekangan yang menyebabkan sebahagian daripada mereka yang tidak mengendalikan penyelidikan. Selain dari mendapat kesimpulan tentang status am alan penyelidikan di negeri Sabah, tinjauan ini mengenal pasti masalah-masalah yang menyebabkan kurangnya aktiviti penyelidikan. Kajian ini telah melibatkan 814 orang guru sekolah-sekolah menengah di seluruh negeri Sabah. Hasil kajian ini mendapati bahawa amalan penyelidikan di kalangan guru sekolah menengah di negeri Sabah masih rendah, iaitu hanya 34.4% daripada responden pernah menjalankan penyelidikan, dan situasi atau faktor yang mendorong mereka menjalankan penyelidikan adalah atas permintaan atau arahan. Didapati hanya terdapat kurang daripada 5% responden yang pernah menjalankan penyelidikan atas minat sendiri. Hasi! kajian juga mendapati bahawa sebenarnya kebanyakan guru adalah berminat terhadap penyelidikan dan mereka sedia berubah dari tugas biasa. Mereka juga sedar kegunaan rejleksi dalam tugas pengajaran, kepentingan penyelidikan, kepentingan mendokumentasikan pengalaman dan tugas mengajar adalah melibatkan penyelidikan. Tetapi amalan penyelidikan di kalangan guru adalah rendah kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup dalam penyelidikan, tidak mendapat insentif untuk menjalankan penyelidikan, kekurangan sumber masa, kewangan dan rujukan, serta tidak terdapat sokongan seperti forum, 'net-working' dan terbitan.

Item Type: Research Report
Keyword: Sabah , research , teacher
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 18 Sep 2019 09:47
Last Modified: 04 Sep 2020 10:19
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23583

Actions (login required)

View Item View Item