Kesan ketoksikan neem terhadap mortaliti Larva kumbang Sadak ( Oryctes Rhinoceros L) perosak kelapa sawit di Sg. Batang, Sandakan

Hairun Syafira Hikmah Mohd Idris (2017) Kesan ketoksikan neem terhadap mortaliti Larva kumbang Sadak ( Oryctes Rhinoceros L) perosak kelapa sawit di Sg. Batang, Sandakan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan ketoksikan neem terhadap mortaliti Larva kumbang Sadak.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji kesan ketoksikan insektisid neem di antara Ladang Persendirian (ladang 1) dan Ladang Syarikat Majulah Sdn. Bhd (ladang 2) terhadap mortaliti larva kumbang badak (Orydes rhinoceros L.). Kajian ini telah dijalankan di Makmal Entomologi Fakulti Pertanian Lestari di Universiti Malaysia Sabah, Kampus Sandakan selama dua bulan (Ogos 2016 sehingga Oktober 2016). Objektif kajian ini adalah untuk menentukan masa 24, 48, 72 dan 96 jam (LDso/U)go) dan Lethal Dose{LDso/LDso) neem terhadap mortaliti larva kumbang badak yang diambil sampelnya dari Ladang Persendirian dan Ladang Syarikat Majulah Sdn. Bhd di Sungai Batang, Sandakan. Semua larva kumbang badak telah disampel dari ladang kelapa sawit di sekitar Sungai Batang, Sandakan. Setiap rawatan mempunyai tiga replikasi dan disusun dengan menggunakan rekabentuk Completely Randomized Design (CRD). Hasil kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan bererti pada tahap ketoksikan bahan aktif neem terhadap mortaliti larva kumbang badak ( 0. rhinoceros L.) bagi Ladang Persendirian dan Ladang Syarikat Majulah Sdn. Bhd. Hasil kajian juga menunjukkan kadar mortaliti bagi LDso yang tertinggi adalah pada jam ke 96. Melalui ujian 'Parallelism dapat dinyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan bererti bagi bahan aktif insektisid neem terhadap Ladang Persendirian dan Ladang Syarikat Majulah Sdn. Bhd (x2 = 0.01, df = 1, P = 0.939). Hipotesis keselarian adalah diterima dan mempunyai kecerunan yang hampir sama dan kesimpulan yang dapat dibuat adalah relatif bahan aktif adalah sama. Bagi hipotesis 'equility adalah diterima dimana (x2 = 0.95, df = 2, P = 0.623). Analisis 'factor heterogeneity bagi Ladang Persendirian adalah 0.053 dan Ladang Syarikat Majulah Sdn. Bhd ialah 0.939. Parameter yang diukur adalah mortaliti larva kumbang badak mengikut masa, dan kadar mortaliti kumbang telah direkod selepas 24 jam pada 48, 72 dan 96 jam. Kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan bererti bagi ketoksikan insektisid neem antara Ladang Persendirian dan Ladang Syarikat Majulah Sdn. Bhd terhadap mortaliti larva kumbang badak.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Insecticides toxicity , rhinoceros beetle larvae ( Oryctes rhinoceros L.)
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
S Agriculture > SF Animal culture
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 01 Nov 2019 08:16
Last Modified: 01 Nov 2019 08:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23954

Actions (login required)

View Item View Item