Kesan mikroorganisma efektif terhadap pertumbuhan dan hasil jagung manis (Zea Mays L.)

Edward James (2017) Kesan mikroorganisma efektif terhadap pertumbuhan dan hasil jagung manis (Zea Mays L.). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan mikroorganisma efektif terhadap pertumbuhan dan hasil jagung manis.pdf

Download (949kB) | Preview

Abstract

EM dikatakan boleh meningkatkan hasil jagung manis di samping mengurangkan keperluan pembajaan. Satu kajian lapangan telah dijalankan di Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Sandakan untuk mengkaji kesan mikroorganisma efektif (EM) terhadap pertumbuhan dan hasil jagung manis (Zea mays L. cv. Improved Masmadu). Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan mikroorganisma efektif {EM) dan untuk meningkatkan pertumbuhan dan hasil jagung manis (Zea mays L. kv. Improved Masmadu). Kajian ini telah dilakukan di lokasi yang sama di lapangan untuk menunjukkan keadaan persekitaran yang sama di bagi semua replikasi. Reka bentuk kajian ini adalah CRD (Completely Randomized Design) dengan 5 rawatan iaitu Tl=Tanpa EM (kawalan), TI= 2L Air + 100ml EM + 100g gula perang, T3=2L Air + 50ml EM + 100g gula perang, T4=2L Air+ 25ml EM + 100g gula perang dan T5=2L Air+ 12.5ml EM + 100g gula perang sebagai rawatan kelima dengan 5 replikasi untuk setiap rawatan di mana EMAS ialah larutan mikroorganisma teraktif yang terhasil daripada campuran air, larutan EM dengan gula perang. Ketinggian tumbuhan, diameter batang pokok, berat basah dan kering akar, panjang tongkol, diameter tongkol, berat basah tongkol tanpa kulit, peratus kemanisan brix dan bilangan tongkol per pokok ditentukan dalam masa 72 hari selepas penanaman bermula. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang sangat bererti antara rawatan (P<0.01) bagi parameter berat basah akar (g) dan terdapat perbezaan yang bererti (P<0.05) antara rawatan dan kawalan bagi parameter panjang tongkol. Parameter lain menujukkan tiada perbezaan yang bererti di antara rawatan. Aplikasi EM dalam kajian ini memberi kesan yang kurang terhadap pertumbuhan dan hasil jagung manis (Zea mays L. kv. Improved Masmadu).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Sweetcorn , fertilizer , effective microorganism (EM)
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
S Agriculture > SB Plant culture
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 04 Nov 2019 08:03
Last Modified: 05 Dec 2019 15:15
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23976

Actions (login required)

View Item View Item