Kesan ketoksikan mortaliti insektisid terhadap lalat putih (Bemisia Tabac1) perosak jambu batu di Sg. Batang,Sandakan

Maizatiey Farizza Mohd Nasir (2017) Kesan ketoksikan mortaliti insektisid terhadap lalat putih (Bemisia Tabac1) perosak jambu batu di Sg. Batang,Sandakan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan ketoksikan mortaliti insektisid terhadap lalat putih.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Satu kajian telah dikaji untuk menentukan nilai dan kesan mortaliti ketoksikan insektisid Buprofezin terhadap mortaliti nimfa lalat putih (Bemisia tabact) perosak jambu batu. Kajian ini telah dijalankan di makmal Fakulti Pertanian Lestari (Makmal Entomologi), Universiti Malaysia Sabah, Kampus Sandakan yang terletak di Batu 10 Sungai Batang, Sandakan, Sabah yang berada pada latitud 5°55'N dan 118°02'E selama empat bulan. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan ketoksikan insektisid Buprofezin (LCso), membandingkan kesan insektisid pada jam yang berbeza dan menentukan faktor kerintangan (FRso/FR90) terhadap nimfa Bemisia tabaciyang disampel Ladang Jambu Fakulti Pertanian Lestari dan Ladang Jambu Kg. Sg Batang, Batu 10, Sandakan, Sabah. Sebanyak 4 rawatan ng/g telah digunakan termasuk dos kawalan (0, 1500, 3500, 7500). Rawatan mempunyai 3 replikasi dan disusun dengan menggunakan Completely randomized Design (CRD), Semua data akan dianalisis dengan menggunakan analisis PROBIT dan POLO PLUS. Buprofezin disemburkan ke atas nimfa lalat putih dan kadar mortaliti nimfa lalat putih telah diambil setelah 24, 48, 72 dan 96 jam. Keputusan kajian mendapati terdapat perbezaan signifikan antara dua ladang tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa kadar peratusan mortaliti probit selama 96 jam untuk Ladang Jambu Kg. 5g Batang (80%) adalah lebih tinggi berbanding Ladang Jambu FPL iaitu (20%). Hipotesis 'parallelism' menunjukakan bahawa tidak terdapat perbezaan bererti bagi tindak balas populasi Ladang Jambu FPL (x2= 1.04, df= 3, P= 0.792) dan Ladang Jambu Kg. Sg Batang (x2= 0.04, df= 3 P= 0.998). Hipotesis 'equality' juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan bererti bagi tindak balas populasi di Ladang Jambu FPL (x2=1.68, df=6, P=0.947) dan Ladang Jambu Kg. Sg Batang (x2= 2.47, df=6, P=0.872). Kedua-dua ujian ini menunjukkan nilai p>0.05. Ujian kerintangan mendapati Ladang Jambu FPL berada dalam status kerintangan amat tinggi manakala Ladang Jambu Kg. Sg Batang berada dalam status kerintangan tinggi. Secara kesimpulannya, ujian faktor kerintangan (FR) Ladang Jambu FPL dan Ladang Jambu Kg. Sg. Batang memberi kesan terhadap kadar mortaliti nimfa Bemisia tabaci.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Insecticides toxicity , Bemisia tabaci, guava
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 05 Nov 2019 08:53
Last Modified: 05 Nov 2019 08:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23982

Actions (login required)

View Item View Item