Pembiakan bahan tanaman nanas Babagon (Ananas Comosus Kv Babagon) menggunakan kaedah keratan batang

Mohd Miqdam Jubidin (2018) Pembiakan bahan tanaman nanas Babagon (Ananas Comosus Kv Babagon) menggunakan kaedah keratan batang. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Pembiakan bahan tanaman nanas Babagon.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Batang nanas adalah salah satu daripada sumber bahan tanaman nanas untuk ladang nanas komersial. Kekurangan bekalan bahan tanaman nanas, menjadi halangan terhadap pembangunan industri nanas Malaysia. Kajian yang dijalankan di Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah yang bermula dari Februari hingga Disember 2017 bertujuan untuk mengenal pasti jenis keratan batang nanas yang berpotensi menghasilkan sejumlah besar bahan penanaman nanas. Terdapat dua fasa eksperimen yang dijalankan iaitu fasa percambahan dan fasa pertumbuhan, kedua-duanya menggunakan Rekabentuk Rawak Lengkap dengan satu faktor. Ekperimen pertama mempunyai lima replikasi dan eksperimen kedua dengan 20 replikasi. Batang nanas dipotong sepanjang 3 cm dan dirawat dengan 3 jenis rawatan iaitu, batang tidak dibelah (Tl), batang dibelah 2 (T2), dan batang dibelah 4 (T3). Data percambahan sulur, bilangan sulur, bilangan daun, berat basah daun, berat kering daun, berat basah batang, berat kering batang, berat basah akar, berat kering akar, berat basah tumbuhan, berat kering tanaman, nisbah pucuk-akar dan analisis regresi berat dan panjang sulur nanas Babagon direkod sepanjang 180 hari selepas penanaman batang nanas. Keputusan dianalisis menggunakan SAS Versi 9.4 dan kaedah rawatan dibandingkan menggunakan Ujian Perbezaan Nyata Terkecil pada tahap 5% tahap signifikan. Percambahan sulur, bilangan sulur dan bilangan daun mempunyai perbezaan bererti terhadap Tl, yang mana masing-masing mencatatkan purata 32.8, 54.8, dan 31.65. Biomas tanaman juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari Tl, di mana berat basah tanaman dan berat kering tanaman masing-masinga merekodkan 172.42 g dan 21.91 g. Bagi nisbah pucuk-akar, tidak menunjukkan perbezaan bererti. Analisis regresi menunjukkan kebanyakan sulur yang dihasilkan mempunyai kualiti gred kecil sehingga sederhana, di mana pada HST (hari selepas tanam) 115 dan HST 213 masing-masing menghasilkan, berat = 2.846 (tinggi)-21.93 dengan R2 = 0.742 dan berat = 4.983 (tinggi)-62.093 dengan R2 = 0.501. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa Tl adalah pilihan terbaik untuk pengeluaran sulur yang banyak daripada batang nanas.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Babagon pineapple, pineapple sucker, stem cutting, sucker germination, sucker development
Subjects: Q Science > QK Botany
S Agriculture > S Agriculture (General)
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 07 Nov 2019 14:54
Last Modified: 07 Nov 2019 14:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24031

Actions (login required)

View Item View Item