Perubahan di dalam komposisi nutrisi, sifat fizikokimia, dan kehadiran mikrobiologi telur itik yang dipengaruhi oleh proses pengasinan

Ashraf Abu Bakar (2018) Perubahan di dalam komposisi nutrisi, sifat fizikokimia, dan kehadiran mikrobiologi telur itik yang dipengaruhi oleh proses pengasinan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Perubahan di dalam komposisi nutrisi, sifat fizikokimia, dan kehadiran mikrobiologi telur itik.pdf

Download (80kB) | Preview

Abstract

Satu kajian telah dilakukan di makmal projek tahun akhir 2, Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Sandakan untuk menentukan perubahan ke atas telur itik bagi komposisi nutrisi, sifat fizikokimia dan kehadiran mikrob yang dipengaruhi oleh proses pengasinan. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji perubahan dalam komposisi nutrisi, sifat fizikokimia dan kehadiran mikrob yang dipengaruhi oleh proses pengasinan di mana tahap kemasinan mempunyai tiga tahap iaitu 25%, 30% dan 35% natrium klorida yang dicampur bersama air bersih. Kajian ini dijalankan pada September 2017 sehingga November 2017. Setiap rawatan mempunyai 3 replikasi. Rekabentuk kajian yang telah digunakan ialah 3 x 3 rekabentuk rawak lengkap (CRD). Data yang telah diperoleh telah dianalisis menggunakan analisis bervariasi (ANOVA) dua hala pada aras signifikan 0.05 (5%). Merujuk kepada keputusan yang telah diperolehi, parameter bagi perubahan dalam kandungan kelembapan, nisbah kekerasan, kandungan garam, dan pengekstrakan lipid di dalam telur masin menunjukkan terdapat perbezaan ketara kecuali bagi kehadiran mikrob. Tahap kemasinan pada 35% menunjukkan pengerasan telur kuning yang dimasinkan hamper mencecah 100% selepas minggu ke 4 tempoh pemasinan. Perubahan yang penting seperti kandungan kelembapan, kandungan garam, nisbah kekerasan, lipid yang diekstrak dan kehadiran mikrob di dalam telur itik masin dapat diperhati sepanjang proses pemasinan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Duck eggs , Nutrition , Salting egg
Subjects: S Agriculture > SF Animal culture
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 29 Nov 2019 17:58
Last Modified: 22 Jan 2024 15:21
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24260

Actions (login required)

View Item View Item