Kesan keadaan suhu dan masa penyimpanan terhadap kadar oksidasi lemak dalam susu kambing mentah

Farhatu Syifa Mohammad Fuad (2017) Kesan keadaan suhu dan masa penyimpanan terhadap kadar oksidasi lemak dalam susu kambing mentah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan keadaan suhu dan masa penyimpanan terhadap kadar oksidasi lemak dalam susu kambing mentah.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Satu kajian telah dijalankan di makmal projek tahun akhir 2, Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Sandakan untuk mengkaji kesan suhu dan tempoh penyimpanan terhadap kadar oksidasi lemak susu kambing mentah. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan suhu dan masa penyimpanan terhadap kadar oksidasl lemak dalam susu kambing mentah dan menentukan suhu dan masa yang sesuai untuk mengawal kadar oksidasi lemak dalam susu kambing mentah. Kajian ini telah dijalankan pada Ogos 2016 hingga November 2016. Setiap rawatan mempunyai 3 replikasi. Rekabentuk kajian yang telah digunakan ialah 2 x 2 rekabentuk rawak lengkap (CRD). Data yang telah diperoleh telah dianalisis menggunakan kepelbagaian analisis (ANOVA) satu hala pada aras signifikan 0.05%. Merujuk kepada keputusan yang telah diperolehi, bagi faktor tempoh penyimpanan, purata asid lemak bebas dalam susu kambing mentah menunjukkan terdapat perbezaan bererti kecuali bagi parameter ketengikan oksidatif, pH dan kepekatan Malonaldehid (MDA). Manakala bagi faktor suhu penyimpanan, purata ketengikan oksidatif menunjukkan terdapat perbeaan bererti kecuali bagi parameter asid lemak bebas, pH dan kepekatan Malonaldehid (MDA). Bagi faktor tempoh penyimpanan, HA diterima kecuali bagi parameter ketengikan oksidatif, pH dan kepekatan Malonaldehid (MDA). Bagi faktor suhu, HA diterima kecuali bagi parameter peratus asid lemak bebas, pH susu dan kepekatan Malonaldehid (MDA). Penyimpanan susu pada suhu 1 °C adalah sesuai bagi mengawal kadar oksidasi lemak dalam susu kambing mentah kerana mempunyai kadar oksidasi lemak paling rendah berbanding rawatan suhu 6°C, 27°C dan 36°C. Bagi faktor kedua iaitu tempoh penyimpanan, tempoh masa yang sesuai bagi penyimpanan susu adalah kawalan dan 7 hari penyimpanan kerana mempunyai kadar oksidasi lemak paling rendah berbanding rawatan tempoh 14 hari dan 21 hari.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Goat's milk , fat oxidation , agriculture
Subjects: S Agriculture > SF Animal culture
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 05 Dec 2019 07:12
Last Modified: 05 Dec 2019 07:12
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24268

Actions (login required)

View Item View Item