Penilaian terhadap larutan Ringer dan air kelapa tua sebagai cecair media untuk sperma ayam kampung

Nursyafikah Othman (2018) Penilaian terhadap larutan Ringer dan air kelapa tua sebagai cecair media untuk sperma ayam kampung. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Penilaian terhadap larutan Ringer dan air kelapa tua sebagai cecair media untuk sperma ayam kampung.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Satu kajian telah dijalankan di ladang ayam dan makmal Falkulti Pertanian Lestari (FPL), Kampus Sandakan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) daripada September hingga November 2017. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan keberkesanan cecair media berasaskan air kalapa tua ke atas kualiti penyimpanan sperma ayam jantan baka kampung tempatan. Empat ekor ayam kampung yang telah dipilih untuk koleksi semen dan telah digunakan dalam kajian ini. Eksperimen telah mengulang dua kali seminggu sehingga mendapat tiga kali replikasi sampel yang menunjukkan motaliti individu daripada sampel semen segar lebih atau sama 85%. Sampel semen segar telah dikaji berdasarkan isipadu semen, wama dan konsistensi, kepekatan, jisim motaliti dan motaliti individu. Purata bagi isipadu semen yang dikumpul dari 4 ekor ayam jantan ialah 0.31±0.01 ml. Bagi Wama dan Konsistensi dalam kajian ini ialah 3.67±0.58 dan purata jisim motiliti pula ialah 5.33±0.58. Selain itu, purata kepekatan semen ialah 1.30±0.02x109 sperma/ml dan motaliti individu pergerakkan sperma daripada sampel segar ialah 94.33±4.04%. Motaliti individu daripada sampel semen segar lebih atau sama 85% daripada semen segar dikumpul telah digunakan dalam kajian ini. Jumlah 0.3ml semen segar telah dilarut dengan jumlah 3ml di dalam tua buah 10ml tiub eppendoft yang berasingan denga dua jenis larutan yang berbeza iaitu larutan Ringer's dan air kelapa tua. Experimen telah dijalankan selama 24 jam dan data telah dikumpulkan setiap 2 jam sehingga jam ke-8 dan selepas 12 jam. Kajian ini untuk mengkaji motaliti sperma, peratusan hidup sperma dan peratusan abnormaliti sperma seperti kepada, ekor dan leher. Pada pemerhatian, pada masa jam ke-8, terdapat perbezaan signifikan (p<0.05) diantara larutan Ringer's (58.33±11.55%) dan air kelapa tua (31.67±5.77%). Namun begitu, larutan Ringer's menunjukkan trend motaliti individu yang tinggi berbanding dengan air kelapa tua tetap air kelapa tua juga menunjukkan peratusan yang sebagai cecair semulajadi. Kesimpulannya, selain larutan Ringer's, air kelapa tua juga boleh dijadikan sumber alternatif bagi larutan semen yang semulajadi terhadap ayam kampung dengan harga yang rendah dan mudah didapati di Malaysia.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Coconut milk, cockerel sperm, sperm count, color, concentration, sperm motility and morphology
Subjects: S Agriculture > SF Animal culture
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 05 Dec 2019 07:13
Last Modified: 05 Dec 2019 07:13
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24274

Actions (login required)

View Item View Item