Kesan bahan pengaktifan biji benih terhadap percambahan dan pertumbuhan awal anak benih kacang botol (Psophocarpus tetragonolbus (L.) DC)

Nurul Atika Rahime (2017) Kesan bahan pengaktifan biji benih terhadap percambahan dan pertumbuhan awal anak benih kacang botol (Psophocarpus tetragonolbus (L.) DC). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan tiga jenis spesies rumpai.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji kesan bahan pengaktifan biji benih terhadap percambahan dan pertumbuhan awal biji benih kacang botol. Kajian telah diulang sebanyak dua kali. Biji benih yang digunakan adalah kultivar kacang botol minyak. Unit ujikaji disusun dalam Reka Bentuk Penuh Rawak (CRD). Terdapat 4 rawatan yang dijalankan yang menggunakan isipadu pengaktifan biji benih yang berbeza. Sukatan isipadu bahan pengkatifan biji benih yang mengandungi bahan asid humus adalah merujuk kepada berat biji benih kacang botol iaitu dalam ml/kg. Cecair asid humus tersebut diperoleh daripada Chemiseed. Sdn. Bhd. Terdapat empat rawatan dan empat replika yang mengandungi 50 biji benih kacang botol. Empat rawatan yang terdapat dalam kajian ini adalah, (Tl) rawatan kawalan yang tidak menggunakan cecair pengaktifan biji (0 ml/kg), (T2) 1.0 ml/kg, (T3) 2.0 ml/kg dan (T4) 4 ml/kg cecair pengaktifan biji benih. Setiap biji benih direndamkan ke dalam setiap rawatan selama dua jam sehingga kulit luar biji benih kelihatan berkedut dan membengkak. Parameter yang telah dikaji dalam kajian ini adalah panjang akar (sm), panjang pucuk (sm), peratus percambahan, indeks kecergasan, biji benih segar, biji benih mati, peratus anak benih yang tidak normal, anak benih yang berpenyakit (%) dan berat basah dan kering akar (g). Kesemua data telah dianalisa menggunakan satu hala anava dan diuji menggunakan perbezaan kritikal sebanyak 5% menggunakan Duncan Multiple Range (DMR). Keputusan mendapati rawatan yang mengandungi bahan pengaktifan biji benih memberikan keputusan yang terbaik berbanding rawatan kawalan. Rawatan (T2) menunjukkan peratus percambahan tertinggi bagi kedua-clua siri kajian. Seterusnya, rawatan (T3) menunjukkan pertumbuhan awal anak benih yang terbaik berbanding semua rawatan. Secara kesimpulannya,rawatan yang mengandungi bahan pengaktifan biji benih menunjukkan perbezaan yang ketara terhadap beberapa parameter.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Bean , seeds , agriculture
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 26 Dec 2019 07:31
Last Modified: 26 Dec 2019 07:31
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24437

Actions (login required)

View Item View Item