Penilaian potensi Foraj Tiga Rumput Bermuda (Cynodon Dactylon (L) Pers.) dari daerah Sandakan, Sabah.

Sayani Zullkornian (2018) Penilaian potensi Foraj Tiga Rumput Bermuda (Cynodon Dactylon (L) Pers.) dari daerah Sandakan, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Penilaian potensi Foraj Tiga Rumput Bermuda.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Dalam penyelidikan ini, berat kering, tumbesaran dan nilai nutrisi tiga Rumput Bermuda liar dari Daerah Sandakan, Sabah diukur dan digunakan sebagai asas untuk menilai potensi Rumput berkenaan sebagai foraj. Rumput tersebut dikutip dari kawasan Rumah Kalis Hujan di Fakulti Pertanian Lestari (FPL) (Koleksi 1), kawasan penanaman Kelapa Sawit di FPL (Koleksi 2) dan kawasan Sepilok, Sandakan (Koleksi 3). Koleksi 1 digunakan sebagai asas perbandingan bagi Koleksi 2 dan Koleksi 3. Eksperimen dijalankan mengikut susunan rekabentuk rawak lengkap (RRL) menggunakan lima replikasi. Rumput tersebut ditanam di atas media organik dengan nisbah 4: 1 ( 4 campuran tanah organik hitam : 1 pasir) dalam tray yang berukuran 34 sm x 24 sm x 8 sm. Semua rumput disiram 2 kali sehari dan dibaja (Nitrogen) sebanyak 2 kali sehari dan jumlah baja yang diberikan adalah 0.5 g/tray. Sepanjang tempoh kajian Rumput tersebut dituai dua kali iaitu sewaktu minggu 7 (Tuaian Pertama) dan minggu 12 (Tuaian Kedua) selepas penanaman. Bagi setiap penuaian, berat kering, tumbesaran, dan kandungan protein kasar, ADF, NDF, ME and lemak kasar rumput diukur. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan ANAVA 1-hala untuk membandingkan tiga koleksi rumput tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa teori pemberian makanan kepada ternakan ruminan, foraj yang mempunyai kandungan berat kering yang tinggi, ME > 10 MJ/kg berat kering dan protein kasar > 12% berat kering lebih diutamakan). Selepas tuaian pertama dan kedua, didapati Koleksi 2 sebenarnya mempunyai potensi sebagai foraj. Koleksi 2 hampir sama dengan spesis foraj sedia ada yang digunakan oleh petani di Malaysia dari segi pertumbuhan daun serta kandungan nutrisi seperti protein, serat dan lemak.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Eild Bermuda grasses , Sandakan, Sabah , nutrient
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 30 Dec 2019 17:14
Last Modified: 30 Dec 2019 17:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24492

Actions (login required)

View Item View Item