Pencirian dan penilaian varieti Terung di atas tanah siri Silabukan

Nur Izreen Azlin Mhd Idris (2018) Pencirian dan penilaian varieti Terung di atas tanah siri Silabukan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Pencirian dan penilaian varieti Terung di atas tanah siri Silabukan.pdf

Download (791kB) | Preview

Abstract

Terung merupakan antara sayuran yang terkenal di Malaysia dan permintaan pasaran terhadap buah terung selama ini terus meningkat selari dengan pertambahan penduduk yang diikuti dengan meningkatnya kesedaran tentang manfaat sayur-sayuran dalam memenuhi gizi keluarga, sehingga produksi tanaman terung perlu ditingkatkan. Meskipun begitu, pengembangan tanaman terung ini menjadi terhad berikutan kekurangan tempat-tempat yang berpotensi untuk menanam tanaman terung ini. Kawasan yang tinggal hanyalah di kawasan tanah-tanah yang bermasalah seperti tanah Siri Silabukan contohnya. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan di Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah untuk mencirikan dan menilai varieti terung yang sesuai ditanam di atas tanah Siri Silabukan. Kajian lapangan ini dijalankan dari bulan Jun hingga bulan Disember 2017 di Rumah Lindungan Hujan Nombor 12. Eksperimen ini dijalankan dalam Reka Bentuk Berawak Lengkap (CRD) dengan 5 rawatan bersama empat replikasi untuk setiap satu rawatan. Berdasarkan keputusan min daripada analisis ·LSD untuk pertumbuhan vegetatif menunjukkan bahawa varieti T2 iaitu Terung Ungu Merah Besar mempunyai min yang paling tinggi untuk ketinggian pokok (23.25 sm), bilangan daun (18.75), kandungan klorofil dalam daun (46.83 mg g-1), berat basah daun (66.86 g), berat kering daun (11.04 g), berat basah akar (8.50 g), berat kering akar (1.39 g), jumlah berat basah (85.68 g) dan jumlah berat kering (14.24 g). Manakala varieti TS iaitu Terung Bulat Sentul tidak memberi prestasi yang baik di atas tanah Siri Silabukan. Keputusan berdasarkan kajian ini, mendapati bahawa satu varieti terung yang terbaik iaitu varieti T2 Terung Ungu Merah Besar boleh dipilih dan disyorkan untuk dikomersialkan di atas tanah Siri Silabukan dan juga boleh dijadikan sebagai induk dalam program pembiakbakaan terung di atas tanah Siri Silabukan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Eggplant , vegetables , Silabukan Series soil
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 02 Jan 2020 08:09
Last Modified: 02 Jan 2020 08:09
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24528

Actions (login required)

View Item View Item