Mengkaji pertumbuhan keratan Stolon rumput Bermuda ( Cynodon Dactylon) dalam media yang berbeza

Nurulhayati Mohammad (2017) Mengkaji pertumbuhan keratan Stolon rumput Bermuda ( Cynodon Dactylon) dalam media yang berbeza. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Mengkaji pertumbuhan keratan Stolon rumput Bermuda.pdf

Download (865kB) | Preview

Abstract

Satu kajian telah dijalankan di Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah, Sandakan, Sabah untuk mengkaji pertumbuhan keratan stolon rumput Bermuda dalam media yang berbeza. Rekabentuk ekperimen adalah Reka Bentuk Blok Rawak Lengkap (RCBD) dengan empat replikasi menggunakan bekas penanaman berukuran 40cm panjang x 30cm lebar. Sebanyak enam rawatan telah digunakan iaitu pasir, tanah, bahan organik (sekam padi), pasir + bahan organik (sekam padi), tanah atas + bahan organik (sekampadi) dan nisbah campuran John Innes (3:2:1) telah digunakan sebagai kawalan biasa sebagai kawalan. Pensampelan dilakukan setiap dua minggu bagi penentuan pemanjangan stolon, bilangan nod, panjang daun dan lebar daun. Manakala bagi wama, peratusan penutupan bumi, berat basah, berat akhir dan peratus kandungan air diambil selepas minggu ke-8 iaitu minggu ke-9 dan 10. Keputusan menunjukkan rawatan kajian pertumbuhan rumput Bermuda dalam media yang berbeza dengan menggunakan keratan stolon adalah berkesan. Analisa telah menunjukkan rawatan media yang sesuai untuk rumput Bermuda ialah rawatan T2 iaitu tanah dan diikuti rawatan Tl iaitu 3:2:1. Keputusan ini telah dipengaruhi oleh media penanaman yang berbeza, faktor persekitaran dan penyelenggaraan. Rawatan T2 direkomendasi kerana rawatan ini mempunyai sifat media yang dapat memegang air dengan baik dan mempunyai bahan organik yang tinggi.

Item Type: Academic Exercise
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 08 Jan 2020 07:35
Last Modified: 08 Jan 2020 07:35
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24550

Actions (login required)

View Item View Item