Penjadualan pengairan tanaman jagung dan tebu di ladang Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah

Asmunirwan Usug (2016) Penjadualan pengairan tanaman jagung dan tebu di ladang Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Penjadualan pengairan tanaman jagung dan tebu di ladang Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Penjadualan pengairan adalah penting dalam usaha penjimatan air dan kos pengairan lebih-lebih lagi di kawasan taburan hujan yang tinggi seperti Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pengurusan sistem pengairan, untuk mengelakkan pembaziran pengunaan air, memenuhi keperluan air bagi tanaman secara cekap dan saintifik. Kajian ini dijalankan di Fakulti Pertanian Lestari Universiti Malaysia Sabah yang berkoordinatkan 5° 55'4" N 118° E, bermula pada bulan Julai sehingga Oktober 2016. Selain itu, kajian ini juga melibatkan pengumpulan data tanaman kajian seperti jagung dan tebu, data meteorologi Sandakan serta data tanah Silabukan (acrisol) untuk menentukan kadar Sejatpeluhan (ETo), dan keperluan air tanaman (ETc) untuk menghasilkan jadual pengairan tanaman dengan menggunakan perisian CropWAT 8.0 beta. Satu penjadualan pengairan telah disediakan untuk tanaman jagung manis dan tebu. Jagung boleh ditanam dua kali setahun diselang dengan tanaman kekacang di musim kering pada bulan April dan Mei. Pusingan pertama boleh ditanam dibulan November atau Disember, dan pusingan kedua di bulan Jun atau Julai. Tebu pula perlu dituai dimusim kering iaitu April dan Mei.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Malaysia , maize , sugarcane , harvest
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 08 Jan 2020 07:36
Last Modified: 08 Jan 2020 07:36
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24553

Actions (login required)

View Item View Item