Pengaruh gaya keibubapaan terhadap stres akademik: kecerdasan emosi sebagai moderator

Abdul Adib Asnawi (2013) Pengaruh gaya keibubapaan terhadap stres akademik: kecerdasan emosi sebagai moderator. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Pengaruh gaya keibubapaan terhadap stres akademik.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh gaya keibubapaan (autoritarian, autoritatif dan pennisif) terhadap stres akademik dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Selain itu, kajian ini turut mengkaji kecerdasan emosi sebagai moderator dalam hubungan antara gaya keibubapaan dengan stres akademik. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui borang soal selidik dalam mengumpulkan data. Seramai 533 orang pelajar tingkatan empat dari enam buah sekolah sekitar daerah Kota Kinabalu, Sabah telah terpilih menjadi responden dalam kajian lni dengan menggunakan pensampelan rawak mudah. Satu set borang soal selidik telah digunakan, terdiri daripada Parental Authority Questionnaire (PAQ) untuk mengukur gaya keibubapaan, Academic Stress Scale (ASS) untuk mengukur stres akademik dan the Assessing Emotions Scale (AES) untuk mengukur kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar. Data yang diperoleh dianalisis mengikut susunan hipotesis dengan menggunakan dua jenls ujlan laitu ujian regresl pelbagai metod stepwise dan ujian regresi hierarki dengan menggunakan perisian IBM Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 24. Hasil keputusan menunjukkan gaya keibubapaan autoritarian memberi pengaruh secara signifikan dan positif kepada stres akademik dalam kalangan pelajar dengan nilai sumbangan sebanyak 1.2 peratus varians. Meskipun nilai sumbangan varians adalah kecil, gaya keibubapaan autoritarian masih memberi kesan kepada stres akademik pelajar. Sebaliknya, gaya keibubapaan autoritatif dan pennisif pula tidak memberi pengaruh secara signifikan kepada stres akademik pelajar. Manakala, hasil analisls ujian regresl hierarki pula menunjukkan bahawa kecerdasan emosi tidak bertindak sebagal moderator dalam ketiga-tiga gaya keibubapaan terhadap stres akademik dalam kalangan pelajar. Implikasinya, hasil dapatan kajian ini amat berguna khususnya kepada golongan ibu bapa dalam mengaplikasikan gaya keibubapaan yang sesual terutama apabila menyentuh berkaitan akademik anak-anak kerana pendekatan yang kurang sesuai akan memberi kesan jangka panjang kepada psikologi pelajar.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Parenting Style, Academic Stress, Emotional Intelligence and Secondary School Students
Subjects: L Education > L Education (General)
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 11 Mar 2020 11:23
Last Modified: 11 Mar 2020 11:23
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25116

Actions (login required)

View Item View Item