Ketersampaian pesakit tuberkulosis ke pusat rawatan di daerah Mukah, Sarawak menggunakan sistem maklumat geografi

Kho, Shiau Hong (2019) Ketersampaian pesakit tuberkulosis ke pusat rawatan di daerah Mukah, Sarawak menggunakan sistem maklumat geografi. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Ketersampaian pesakit tuberkulosis ke pusat rawatan di daerah Mukah, Sarawak menggunakan sistem maklumat geografi.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Penyakit tuberculosis merupakan salah satu penyakit berjangkit yang boleh disebar melalui udara. Statistik Jabatan Kesihatan Sarawak telah menunjukkan peningkatan kes penyakit tuberkulosis, iaitu meningkat sebanyak 70 peratus di Sarawak. Keperluan kajian ini dijalankan dengan mengunakan analisis GIS sebagai sistem tindakan sebagai salah satu pengawalan dalam mengurangkan kes tuberkulosis. Penyakit ini boleh sembuh dengan mengikuti rawatan yang telah dijalankan dengan mengambil tempoh masa yang panjang. Sehubungan dengan itu, darjah ketersampaian merupakan elemen yang penting bagi pihak tempatan untuk mengawal penyakit ini daripada disebar secara berlelusa. Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan jarak perjalanan dalam mepengaruhi pesakit tuberkulosis di Daerah Mukah. Dengan itu, teknik analisis Sistem Maklumat Geografi telah digunakan iaitu analisis penimbalan dan analisis jaringan bagi mengukur jarak penjalanan pesakit ke hospital. Hasil kajian ini mendapati bahawa sebahagian besar pesakit tuberkulosis tergolong dalam jarak yang bersesuaian untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Namun, masih terdapat beberapa individu pesakit tuberkulosis terletak di luar lingkungan jarak yang bersesuian untuk ke hospital. Keadaan ini telah menjadi halangan besar dalam mempengaruhi pesakit tersebut menerima rawatan di hospital. Dengan itu jelas menunjukkan bahawa ketersampaian merupakan konsep yang penting dalam mengukur halangan jarak perjalanan. Hasil paparan kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada pihak pakar perancang atau pihak berkuasa tempatan dalam perancangan fasiliti perkhidmatan kesihatan bagi mencapai status sebagai bandar pintar.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Accessibility, Euclidean distance, Geographic Information System (GIS), Healthcare facilities, Network analysis, Tuberculosis
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 12 Mar 2020 16:39
Last Modified: 12 Mar 2020 16:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25234

Actions (login required)

View Item View Item