Ciri Estetika Dalam Reka Bentuk dan Motif Pakaian Tradidional Golongan Perempuan Etnik Rungus di Kudat (Shape and Motif in the Traditional Female Rungus Costume of Kudat)

Yoon, Pui Ling and Humin Jusilin (2018) Ciri Estetika Dalam Reka Bentuk dan Motif Pakaian Tradidional Golongan Perempuan Etnik Rungus di Kudat (Shape and Motif in the Traditional Female Rungus Costume of Kudat). Gendang Alam, 8. pp. 69-83.

[img]
Preview
Text
Ciri Estetika Dalam Reka Bentuk dan Motif Pakaian Tradidional Golongan Perempuan Etnik Rungus di Kudat (Shape and Motif in the Traditional Female Rungus Costume of Kudat).pdf

Download (41kB) | Preview
[img]
Preview
Text
Ciri Estetika Dalam Reka Bentuk dan Motif Pakaian Tradidional Golongan Perempuan Etnik Rungus di Kudat (Shape and Motif in the Traditional Female Rungus Costume of Kudat)1.pdf

Download (837kB) | Preview

Abstract

Pakaian tradisional etnik di Sabah mempunyai keunikan reka bentuk dan motif yang menampilkan nilai keindahan yang amat menarik. Pakaian tradisional etnik golongan lelaki Rungus dikenali sebagai badu’- masap yang dipakai dalam upacara ritual, manakala pakaian mogah dipakai oleh penari lelaki. Pakaian tradisional golongan perempuan pula terdiri daripada pakaian banat-tapi’ yang dipakai dalam upacara ritual bersama-sama dengan pakaian sukolob. Kajian ini ditumpukan pada pakaian badu’-masap dan banat-tapi’. Tumpuan analisis adalah terhadap elemen estetika dari segi reka bentuk dan motif yang dipaparkan. Data-data penyelidikan ini diperoleh melalui kajian lapangan dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan rakaman audio visual. Analisis kajian adalah berdasarkan pendekatan estetika yang diperkenalkan oleh Beardsley (1975) dan Vitruvius (1960). Pendekatan estetika ini merumuskan elemen harmoni, kesatuan dan imbangan sebagai indikator yang penting. Kajian ini mendapati elemen estetika dalam pakaian tradisional masyarakat Rungus dapat dikategorikan berdasarkan reka bentuk motif organik dan geometri. Seterusnya, elemen estetika didominasi oleh unsur flora, fauna, alam sekeliling dan kosmos. Reka bentuk dan motif pakaian tradisional etnik ini dapat dikaitkan dengan aktiviti kehidupan mereka.

Item Type: Article
Keyword: Rungus, badu’-masap, banat-tap’, motifs, designs
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 13 Mar 2020 10:36
Last Modified: 19 Jun 2020 11:13
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25246

Actions (login required)

View Item View Item