Estetika Motif dan Corak Tenunan Pua Kumbu Orang Iban di Sarawak

Ngumbang Anak Sultan and Humen Bin Jusilin (2018) Estetika Motif dan Corak Tenunan Pua Kumbu Orang Iban di Sarawak. Jurnal Komunikasi Borneo, 6. pp. 22-27.

[img]
Preview
Text
Estetika Motif dan Corak Tenunan Pua Kumbu Orang Iban di Sarawak.pdf

Download (41kB) | Preview
[img]
Preview
Text
Estetika Motif dan Corak Tenunan Pua Kumbu Orang Iban di Sarawak1.pdf

Download (351kB) | Preview

Abstract

Masyarakat orang Iban melihat kain pua kimbu 1 amat suci dan mempunyai kuasa luar biasa dan ianya merujuk kepada dua perkara utama iaitu supaya kejayaan mendapatkan kepala musuh berkembang dan memupuk serta mengekalkan semangat padi sehingga ke hujung musim (Noria, 2014:209; Micheal, 1994:129). Pua kumbu penting kerana kegunaanya yang pelbagai dalam kehidupan tradisional masyarakat Iban seperti upacara istiadat berkaitan kelahiran, perkahwinan, kematian, penyembuhan, dan upacara ritual dalam penanaman padi (Lucas, 1980:58). Banyak upacara ritual menggunakan pua kumbu yang mempunyai corak dikatakan berkuasa seperti semasa perayaan gawai, sebagai perhiasan rumah, dijadikan alas untuk meletakkan piring 2 , membalut tiang patung burung kenyalang dan melihat hati babi (Benedict, 49-50; Traude, 1996:24-5). Wanita Iban mengatakan bahawa menghasilkan tenunan kain pua kumbu adalah kayau indu 3 terhadap keseluruhan proses terutama dalam menghasilkan corak yang dikatakan berkuasa. Memahami corak yang dihasilkan adalah sangat penting dan merupakan satu pencapaian kepada pembuatnya. Ciri-ciri elemen dan komposisi yang terdapat padanya tidak dapat disimpulkan secara fizikal oleh seseorang yang tidak berkemahiran (Traude, 1996:11-2). Adalah sangat sukar untuk mentafsir maksud sesuatu corak yang digunakan dan ianya memerlukan penenun yang berpengalaman serta masyarakat Iban itu sendiri (Robyn, 2003:127). Penenun yang boleh mencipta motif dan corak merupakan penenun yang dikurniakan bakat semula jadi (Benedict, 1980:84; Noria, 2014:95-6).

Item Type: Article
Keyword: Pua Kumbu, Iban, Sarawak, weaving
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 Mar 2020 14:18
Last Modified: 19 Jun 2020 11:29
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25267

Actions (login required)

View Item View Item