Kontradiksi antara adat dan syariat dalam amalan perkahwinan masyarakat Murut Tahol di daerah Nabawan, Sabah

Mastinah Buntung and Mohd Anuar Ramli and Syamsul Azizul Marinsah (2020) Kontradiksi antara adat dan syariat dalam amalan perkahwinan masyarakat Murut Tahol di daerah Nabawan, Sabah. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, 31. pp. 47-67. ISSN 2590-4086

[img] Text
Kontradiksi antara adat dan syariat dalam amalan perkahwinan masyarakat Murut Tahol di daerah Nabawan, Sabah abstract.pdf

Download (27kB)
[img] Text
Kontradiksi antara adat dan syariat dalam amalan perkahwinan masyarakat Murut Tahol di daerah Nabawan, Sabah fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (366kB)

Abstract

Dalam masyarakat Islam, sering timbul polemik antara adat yang diamalkan dengan syariat yang diwahyukan. Kerap kali dalam interaksi yang berlangsung akan berlaku proses penyesuaian agar adat yang diamalkan tidak bertentangan dengan syariat. Dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan terhadap analisis adat perkahwinan masyarakat Murut Tahol Islam di daerah Nabawan, Sabah menurut perspektif hukum Islam. Asasnya, terdapat dua bentuk perkahwinan masyarakat Murut Tahol yang beragama Islam, iaitu pertama, berasaskan syariat dan yang kedua, berasaskan adat. Dalam perkahwinan berasaskan adat ini, terdapat empat bentuk adat iaitu pakalangan, limpuhu, bului dan tinauh. Justeru, bagi mencapai objektif yang ditetapkan, kajian berbentuk kualitatif ini mengaplikasikan kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Pengumpulan data dijalankan melalui metode dokumentasi dan temu bual separa struktur. Data yang dikumpulkan telah dianalisis secara induktif. Hasil kajian mendapati terdapat adat perkahwinan masyarakat Murut Tahol beragama Islam yang menepati syariat seperti adat merisik, pemberian hadiah, kaedah pembayaran beriansampai mati dan poligami. Di samping itu, terdapat adat yang bertentangan dengan syariat seperti tamong pengayangan (tunang angkat), perkahwinan dengan sepupu dan sogit. Sehubungan itu, masyarakat Islam Murut Tahol perlu berhati-hati dalam pengamalan adat berkenaan agar tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Item Type: Article
Keyword: Adat perkahwinan , Murut Tahol , sogit , perkahwinan sepupu , hukum Islam
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 16 Apr 2020 11:47
Last Modified: 11 Jul 2021 21:48
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25296

Actions (login required)

View Item View Item