Tun Mustapha and the Strengthening of Islam in Sabah: 1963 - 1973

Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin and Pg Mohd Faezul Fikri Ag Omar and Noor Afiqah Athirah Hajimin (2020) Tun Mustapha and the Strengthening of Islam in Sabah: 1963 - 1973. AKADEMIKA UKM, 90 (1). pp. 181-191. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
Text
Tun Mustapha dan pengukuhan Islam di Sabah.pdf

Download (310kB) | Preview

Abstract

Pada awal kemerdekaan Sabah, hal ehwal dan kepentingan orang-orang Islam menghadapi kekangan untukdilaksana dan dikembangkan. Hal inikerana komposisi orang Islam yang minoritidan tampuk politik majoritinya dibarisi oleh orang bukan Islam. Senario ini telah memberikan implikasi yang besar apabila sukar untuk mengangkat suara orang-orang Islam dalam dasarpentadbiran dan pembangunan negeri.Berdasarkan kepada senario tersebut, wujud keperluan yang jelas untuk membuat perubahan. Bagi mencapai matlamat tersebut, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Islam Sabah antaranyaTun Mustapha. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis peranan yang telah dilakukan oleh Tun Mustapha dalam mengangkat Islam kepada kedudukan yang lebih baik dan kukuh di Sabah. Kajian kualitatif ini dijalankan menggunakan pendekatan analisis kandungan dan temu bual.Data dan maklumat yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan disusun secara tematik. Kajianmendapatiusaha dakwah dan islamisasi besar-besaran yang dilaksanakan oleh Tun Mustapha telah meningkatkan komposisi orang Islam daripada minoriti kepada majoritisehingga menjadi faktor kepada pindaan Perlembagaan Negeri Sabah. Direkodkan 75,000 sehingga 100,000 orang telah menganut Islam melalui proses Islamisasi tersebut. Peratus komposisi Islam pada awal pemerintahan Tun Mustapha tahun 1967 iaitu 38.7% telah meningkat kepada 53% ketika pemerintahan beliau berakhir tahun 1976. Peningkatan tersebut telah memberikan peluang kepada pindaan Perlembagaan Negeri Sabah Perkara 5(A) untuk menjadikan Islam sebagai agama rasmi negeri Sabah pada 23 September 1973.Dengan pindaan tersebut, hal ehwal dan kepentingan orang-orang Islam dalam segenap aspek sama ada politik dan pentadbiran, ekonomiserta sosial yang sebelum ini menghadapi kekangan untuk dilaksanakan, telah berkembang seperti yang ada pada masa kini.

Item Type: Article
Keyword: Tun Mustapha , pengukuhan Islam , agama rasmi negeri , Sabah , Islamisasi
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 10 Jul 2020 14:52
Last Modified: 10 Jul 2020 14:52
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25602

Actions (login required)

View Item View Item