Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kecenderungan Pelajar dalam Menjalankan Perniagaan Atas Talian

Iklima Husna Abdul Rahim and Toh, Pei Sung (2020) Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kecenderungan Pelajar dalam Menjalankan Perniagaan Atas Talian. Advanced International Journal of Business, Entrepreneurship and SMEs (AIJBES), 2 (3). pp. 1-11. ISSN 2682-8545

[img]
Preview
Text
Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kecenderungan Pelajar dalam Menjalankan Perniagaan Atas Talian1.pdf

Download (46kB) | Preview

Abstract

Perniagaan atas talian telah menjadi satu fenomena dalam kalangan peniaga khususnya pada masa kini. Dengan pelbagai aplikasi yang dapat diakses melalui internet, ia menjadikan sesebuah perniagaan itu berkembang secara lebih global. Kelebihan yangada sekarang ini perniagaan dimana ia juga memudahkan pembeli dalam urusan pembelian berbanding membeli secara terus di premis-premis dapat menjimatkan masa pembeli. Justeru itu, para pelajar di institut pengajian tinggi juga tidak ketinggalan dalam menggunakan kelebihan tersebut untuk menjalankan perniagaan atas talian sebagai sumber wang tambahan. Hal ini kerana perniagaan atas talian tidak memerlukan kos yang tinggi untuk diceburi dan tetap boleh dilakukan walaupun pelajar tidak mempunyai premis perniagaan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar dalam menjalankan perniagaan atas talian. Rekabentuk kajian adalah berbentuk kuantitatif dimana instrumen kajian menggunakan soal selidik dengan skala Likert 5 mata. Soal selidik telah diedarkan secara atas talian (online survey) melalui Google Forms kepada responden. Responden kajian melibatkan 114 orang pelajar program keusahawanan di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, Universiti Malaysia Sabah. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 21.0. Kecenderungan pelajar dalam menjalankan perniagaan atas talian ini diukur berdasarkan tiga faktor iaitu sumber dorongan, kemudahan teknologi dan kecenderungan personal. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min bagi ketiga-tiga faktor tersebut berada pada tahap tinggi. Justeru itu, dapat disimpulkan bahawa sumber dorongan, kemudahan teknologi dan kecenderungan personal mempengaruhi pelajar untuk cenderung menjalankan perniagaan atas talian.

Item Type: Article
Keyword: Tendency, Online Business, Entrepreneurship, Student
Subjects: H Social Sciences > HB Economic theory. Demography
Department: FACULTY > Faculty of Business, Economics and Accounting
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 10 Sep 2020 12:19
Last Modified: 10 Sep 2020 12:19
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25930

Actions (login required)

View Item View Item