Kesan penskalaan tinggi jaring terhadap prestasi panjang rali permainan badminton dalam kalangan kanak-kanak

Henry Kota Pirak and Mohamad Nizam Nazarudin and Pathmanathan K. Suppiah (2020) Kesan penskalaan tinggi jaring terhadap prestasi panjang rali permainan badminton dalam kalangan kanak-kanak. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 5 (34). pp. 245-255. ISSN 0128-164X

[img]
Preview
Text
Kesan penskalaan tinggi jaring terhadap prestasi panjang rali permainan badminton dalam kalangan kanak-kanak.pdf

Download (47kB) | Preview
[img] Text
Kesan penskalaan tinggi jaring terhadap prestasi panjang rali permainan badminton dalam kalangan kanak-kanak1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (321kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji kesan penskalaan tinggi jaring terhadap prestasi panjang rali permainan badminton dalam kalangan kanak-kanak. Kajian menggunakan reka bentuk eksperimen untuk pengukuran berulang. Seramai 48 (N=48) kanak-kanak berumur tujuh hingga sembilan tahun dipilih secara rawak sebagai peserta kajian. Peserta telah dibahagikan kepada 24 pasangan yang setara dari segi tahap kemahiran dan jantina (lelaki, n=12 pasangan, perempuan, n=12 pasangan). Semua peserta bermain secara berpasangan menggunakan empat situasi tinggi jaring yang berbeza iaitu situasi A (155 cm), situasi B (127.66 cm), situasi C (117.44 cm) dan situasi D (104.68 cm). Susunan perlawanan antara keempat-empat situasi dijalankan secara timbalbalik. Semua perlawanan dijalankan menggunakan sistem pertandingan perseorangan dengan kiraan 11 mata dengan dua set setiap situasi. Data prestasi panjang rali telah dikumpul menggunakan rakaman video. Data telah dianalisis menggunakan ujian ANOVA sehala untuk pengukuran berulang. Keputusan Mauchly’s Test of Sphericity menunjukkan bahawa terdapat perbezaan skor min prestasi panjang rali yang signifikan antara keempat-empat situasi tinggi jaring [F(2.30, 52.88)=30.37, p<.05]. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penskalaan tinggi jaring mampu meningkatkan prestasi panjang rali dalam kalangan kanak-kanak berumur tujuh hingga sembilan tahun.

Item Type: Article
Keyword: Scaling, Constraints, Performance, Skill Acquisition
Subjects: L Education > L Education (General)
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 21 Dec 2020 10:40
Last Modified: 28 Mar 2021 19:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26521

Actions (login required)

View Item View Item