Representasi belia dalam media Massa

Cyril Modili and Haryati Abdul Karim (2020) Representasi belia dalam media Massa. Gendang Alam, 10. pp. 35-48.

[img]
Preview
Text
Representasi belia dalam media Massa.pdf

Download (43kB) | Preview
[img] Text
Representasi belia dalam media Massa1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (406kB)

Abstract

Artikel ini membincangkan konsep representasi belia dalam media massa. Representasi disebarkan melalui budaya yang diamalkan dan menyumbang kepada cara pandang serta pemahaman seseorang individu terhadap diri sendiri dan orang lain. Dalam kertas kerja ini, belia didefinisikan dalam bentuk beberapa fasa, iaitu fasa perantaraan kehidupan antara kanak-kanak dan dewasa, fasa sebagai rakyat dan kesedaran hak individu, fasa rasmi yang ditentukan oleh undangundang, fasa kedewasaan-biologi, psikologi, emosi dan kematangan, fasa transisi kehidupan sosial dan pembentukan kendiri melalui persekitaran sosial (Cole, 2004). Media massa pula dikaitkan dengan belia dalam kertas kerja ini kerana dianggap sebagai pedagogi budaya yang mencerminkan media sebagai petunjuk arah kehidupan seseorang manusia yang mempunyai peradaban (Robson, 2008). Terdapat beberapa konsep representasi terhadap belia yang dibincangkan dalam kertas kerja ini. Antaranya ialah representasi keganasan, masalah sosial dan stereotaip imej negatif. Oleh itu, kajian seumpama ini perlu dilakukan untuk melihat signifikan representasi belia dalam media massa pada masa kini, sama ada ia menggambarkan situasi sebenar kehidupan belia atau sebaliknya. Hal ini demikian kerana belia pada masa kini lebih tertarik dengan representasi mereka dalam media sosial yang seterusnya dijadikan sebagai kayu ukur dalam menjalani kehidupan harian mereka (Hanckel, 2016).

Item Type: Article
Keyword: Violent representation, social problems, negative image stereotypes, youth, mass media
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 14 Jan 2021 16:45
Last Modified: 14 Jan 2021 16:45
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26634

Actions (login required)

View Item View Item