Pemvisualan model bangunan A’FAMOSA dengan menggunakan sistem augmentasi nyata tidak berasaskan penanda

Shia, Yan Yee (2015) Pemvisualan model bangunan A’FAMOSA dengan menggunakan sistem augmentasi nyata tidak berasaskan penanda. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Pemvisualan model bangunan afamosa dengan menggunakan system augmentasi nyata tidak berasaskan penanda.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Tujuan utama projek ini adalah untuk membangunkan sebuah aplikasi untuk memvisualkan model bangunan Kota A’Famosa 3D dalam peranti mudah alih. Teknik penjejakan ciri imej telah diimplementasi dalam projek ini untuk penjejakan ciri imej penanda. Teknik ini diimplementasi untuk menormalisasikan koordinat skrin peranti mudah alih kepada koordinat asal imej. Koordinat yang telah dinormalisasi ini akan digunakan untuk proses pemadanan. Tapak pelan Kota A’Famosa digunakan sebagai imej penanda dalam projek ini. Lima eksperimen telah dijalankan untuk mengenalpastikan faktor-faktor yang memberi kesan terhadap proses pengesanan imej. Eksperimen pertama ialah ujian cahaya di mana proses pengesanan imej dijalankan dalam keadaan cahaya yang berbeza. Cahaya terang dalam bangunan adalah keadaan cahaya yang paling optimum untuk proses pengesanan imej. Eksperimen kedua ialah ujian jarak di mana proses pengesanan berjalan dalam julat jarak 10-50 sm. Julat jarak yang optimum antara tapak pelan dengan kamera peranti mudah alih adalah 25-40 sm. Eksperimen ketiga ialah ujian sudut orientasi di mana proses pengesanan diuji dengan tiga sudut yang berbeza iaitu 30◦, 60◦ dan 90◦. Hasil kajian menunjukkan sudut yang terbaik ialah 90◦. Eksperimen keempat ialah ujian occlusion di mana proses pengesanan dijalan apabila sebahagian kawasan imej penanda tertutup. Hasil kajian menunjukkan imej berjaya dikesan dengan baik dan cekap. Eksperimen yang terakhir ialah ujian masa sistem memuat. Purata masa yang diambil untuk memuat sistem ini ialah 5.56 saat. Sistem pemvisualan model bangunan 3D Kota A’Famosa telah berjaya dibina dengan menggunakan perisian Unity3D dan Vuforia.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Android , 3D , A’Famosa Fortress , Unity3D and Vuforia
Subjects: Q Science > QC Physics
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 21 Jan 2021 14:55
Last Modified: 21 Jan 2021 14:55
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26677

Actions (login required)

View Item View Item