Kesedaran dan penglibatan komuniti tempatan dalam membangunkan produk pelancongan luar bandar di daerah Kota Marudu, Sabah

Jemmy Amanda Sipatau and Jabil Mapjabil and Ubong Imang (2020) Kesedaran dan penglibatan komuniti tempatan dalam membangunkan produk pelancongan luar bandar di daerah Kota Marudu, Sabah. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR), 3 (9). pp. 34-51. ISSN 2637 -0956

[img] Text
Kesedaran dan penglibatan komuniti tempatan dalam membangunkan produk pelancongan luar bandar di daerah Kota Marudu, Sabah-Abstract.pdf

Download (58kB)
[img] Text
Kesedaran dan penglibatan komuniti tempatan dalam membangunkan produk pelancongan luar bandar di daerah Kota Marudu, Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (377kB)

Abstract

Daerah Kota Marudu memiliki pelbagai sumber semula jadi dan budaya yang berpotensi dibangunkan sebagai tarikan pelancongan luar bandar. Namun begitu, masalah seperti kurang tahap pengetahuan dan kemahiran komuniti tempatan menyebabkan berlaku keterbatasan penglibatan komuniti seterusnya potensi produk pelancongan yang ada tidak dapat dibangunkan secara optima. Artikel ini meneliti tentang kesedaran dan penglibatan komuniti tempatan dalam membangunkan produk pelancongan luar bandar di daerah Kota Marudu, Sabah. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah kuantitatif dengan mengedar borang soal selidik sebanyak 282 di empat buah kampung dalam daerah Kota Marudu iaitu Kampung Minansad, Kampung Tegudon, Kampung Tonsom dan Kampung Tulid. Terdapat dua aspek kategori utama penglibatan komuniti dalam membangunkan produk pelancongan luar bandar iaitu aktif dan pasif. Dalam konteks Kota Marudu, kajian pembangunan pelancongan luar bandar perlu dilakukan bagi mengenal pasti tahap kesedaran dan penglibatan komuniti dalam membangunkan produk pelancongan luar bandar di daerah tersebut. Ringkasnya, pelbagai inisiatif dan dasar perlu dijalankan secara praktikal serta holistik agar pelancongan luar bandar di daerah ini terus maju dan berdaya saing.

Item Type: Article
Keyword: Penglibatan , Kesedaran , Komuniti tempatan , Pelancongan luar bandar
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 27 Apr 2021 14:34
Last Modified: 27 Apr 2021 14:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26823

Actions (login required)

View Item View Item