Pembentukan modal insan: hubungan konsep kendiri, personaliti, dan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah

Halimah Maalip and Azizi Yahaya and Koay Ting Yin and Balan Rathakrishnan and Ismail Maakip and Hanun Ahmad and Zaliha Mohammad Ali and Norlaily Ahmad (2020) Pembentukan modal insan: hubungan konsep kendiri, personaliti, dan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah. Southeast Asia Psychology Journal, 8 (2). 103 -122. ISSN 2710-544X

[img] Text
Pembentukan modal insan.pdf

Download (41kB)
[img] Text
Pembentukan modal insan1.pdf

Download (209kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara konsep kendiri dan personaliti dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar sekolah. Seramai 270 orang pelajar dipilih berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di enam buah sekolah menengah di daerah Kluang, Johor. Kajian rintis dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan dan kesesuaian soal selidik. Manakala Alpha Cronbach digunakan untuk mengukur kebolehpercayaan soal selidik. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi keseluruhan soal selidik ini adalah 0.8432. Soal selidik berkaitan konsep kendiri diubah suai daripada Skala Konsep Kendiri Tennessee daripada Fitts & Wareen (1996). Manakala soal selidik bagi jenis personaliti pelajar pula diubah suai daripada Soal Selidik Personaliti daripada Eysenck & Eysenck (1975). Statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratus, dan min digunakan untuk menganalisis dimensi konsep kendiri pelajar paling dominan. Selain itu, statistik inferensi iaitu ujian-t juga digunakan untuk menganalisis perbezaan antara dimensi konsep kendiri dan personaliti mengikut jantina. Manakala statistik inferensi iaitu korelasi Pearson pula digunakan pada aras signifikan 0.05 bagi menganalisis hubungan antara konsep kendiri dan personaliti dengan pencapaian akademik pelajar. Dapatan kajian ini menunjukkan dimensi konsep kendiri paling dominan dalam kalangan pelajar ialah dimensi konsep kendiri seperti keluarga. Selain itu, analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara dimensi konsep kendiri dan personaliti mengikut jantina. Analisis korelasi Pearson pula mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi konsep kendiri dan personaliti dengan pencapaian akademik. Oleh itu, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan konsep kendiri dan juga kecenderungan personaliti pelajar yang positif dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Item Type: Article
Keyword: Self-Concept, Personality, Academic Achievement
Subjects: L Education > L Education (General)
?? LB1603 ??
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 30 Apr 2021 09:29
Last Modified: 30 Apr 2021 09:29
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26863

Actions (login required)

View Item View Item