Faktor Kelangsungan Penyeludupan Barangan di Sempadan Malaysia, Sarawak (Lubok Antu) dan Indonesia, Kalimantan Barat (Badau)

Julie Tay Gek Hsia and Gusni Saat (2020) Faktor Kelangsungan Penyeludupan Barangan di Sempadan Malaysia, Sarawak (Lubok Antu) dan Indonesia, Kalimantan Barat (Badau). Akademika, 90 (1). pp. 49-62. ISSN 2085-7470

[img] Text
Faktor Kelangsungan Penyeludupan Barangan di Sempadan Malaysia, Sarawak (Lubok Antu) dan Indonesia, Kalimantan Barat (Badau) .pdf

Download (41kB)
[img] Text
Faktor Kelangsungan Penyeludupan Barangan di Sempadan Malaysia, Sarawak (Lubok Antu) dan Indonesia, Kalimantan Barat (Badau) 1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (343kB)

Abstract

Fenomena budaya “penyeludupan” di kawasan sempadan Malaysia-Indonesia, terutamayang melibatkan barangan keperluan asas,telah berlaku sejak sebelum terbentuknya negara persekutuan Malaysia. Hasil kajian-kajian terdahulu menunjukkan, walaupun terdapat kawalan ketat di setiap pintu sempadan antara dua buah negara tetapi kegiatan penyeludupan barangan masih berlangsung. Persoalannya kenapa penyeludupan barangan ini terus berlaku? Tujuan kajian ini adalah untuk memahami kenapa kegiatan penyeludupan barangan di sempadan Malaysia-Indonesia iaitu Lubok Antu dan Badau terus berlangsung dalam keadaan kuat-kuasa undang-undang penyeludupan. Lebih khusus lagi, maka kajian ini telah mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kelangsungan kegiatan penyeludupan barangan berkenaan. Kajian ini berbentuk kualitatif yang melibatkan rekabentuk kajian kes. Kaedah temubual mendalam ke atas 15 orang informan yang dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan dan pemerhatian telah dijalankan untuk memperoleh dapatan yang kukuh. Data kajian dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti. Kajian ini mendapati,terdapat dua faktor penyumbang kepada faktor-faktor kelangsungan kegiatan penyeludupan barangan. Pertama, faktor wujudulu yang merangkumi sejarah perdagangan, hubungan kekeluargaan, sentimen kekitaan,budaya dan geografi. Kedua, faktor wujudkemudian yang merangkumi pintu sempadan dan perjanjian-perjanjian sempadan. Kajian mendapati bahawa faktor-faktor wujudulu adalah penyumbang utama kelangsungan kegiatan penyeludupan barangan di kawasan kajian, ia menolak konsep “penyeludupan barangan” dibawah faktor wujudkemudian. Sebaliknya faktor wujudulu mempertahankan konsep bahawa “penyeludupan” hanya melibatkan barangan merbahaya seperti senjata dan dadah. Hal ini seterusnya mempengaruhi persepsi dalam kalangan pihak penguatkuasa pintu sempadan kedua-dua negara, bahawa kegiatan penyeludupan barangan keperluan asasadalah budaya komuniti sempadan yang harus diteruskan.

Item Type: Article
Keyword: Basic Goods Smuggling, Border Community, Smuggling Factors, Pre-existing Factor, Post-existing Factor
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 04 May 2021 10:17
Last Modified: 04 May 2021 10:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26916

Actions (login required)

View Item View Item