Reaksi dan pengalaman masyarakat Pulau Gaya semasa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan covid-19 di Kota Kinabalu, Sabah

Nor-Ina Kanyo and Ahmad Tarmizi Abdul Rahman and Jabil Mapjabil and Rosazman bin Hussin and Jalihah Md Shah and Suhailah Abdul Muin and Oliver Valentine Eboy and Budi Anto Mohd Tamring and Datu Razali Datu Eranza and Jashmaira Kipli and Nur Fitriaida Jamali and Rosdiana Betare (2020) Reaksi dan pengalaman masyarakat Pulau Gaya semasa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan covid-19 di Kota Kinabalu, Sabah. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences, 21 (1). pp. 90-105. ISSN 2462-1951

[img] Text
Reaksi dan pengalaman masyarakat Pulau Gaya semasa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan covid-19 di Kota Kinabalu, Sabah-Abstract.pdf

Download (64kB)
[img] Text
Reaksi dan Pengalaman Masyarakat Pulau Gaya Semasa Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19 Di Kota Kinabalu, Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini adalah berkaitan penelitian reaksi dan pengalaman masyarakat Pulau Gaya semasa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) di Kota Kinabalu, Sabah. Pulau Gaya merupakan sebuah pulau yang terletak dikawasan bandar utama yang mengalami pembangunan dan pertumbuhan penduduk yang semakin pesat. Akibat penularan wabak COVID-19 sejak Disember 2019, hampir seluruh dunia terkena tempias kesan daripada penyakit tersebut. Justeru itu, bagi mengekang rebakan penyakit COVID-19, kerajaan Malaysia mengambil langkah dengan melaksanakan PKP yang bermula pada 18 Mac 2020. PKP yang dilaksanakan kerajaan Malaysia adalah berfasa bermula dari fasa 1 iaitu PKP hingga kini fasa 7 ialah PKPP. Dalam kajian ini adalah tertumpu kepada PKP fasa 1 hingga fasa 3 sahaja kerana pada masa ini segala aktiviti yang bukan perkhidmatan penting (essential services) adalah tidak dibenarkan beroperasi. Hal ini mengakibatkan masyarakat Malaysia mengalami kesan daripada ekonomi dan sosial. Oleh itu, bagi melihat sendiri kesan yang dialami oleh penduduk maka kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat sejauh mana masyarakat Pulau Gaya terkesan akibat daripada pelaksanaan PKP dan kajian ini ingin menilai reaksi masyarakat Pulau Gaya berkaitan pelaksanaan PKP. Objektif yang digariskan dalam kajian ini iaitu pertama meneliti reaksi masyarakat Pulau Gaya terhadap pelaksanaan PKP. Kedua, mengenalpasti kesan pelaksanaan PKP dari segi ekonomi dan sosial masyarakat Pulau Gaya. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kajian kepustakaan dan edaran instrumen borang soal selidik kajian. Dalam kajian ini mendapati masyarakat Pulau Gaya mempunyai tahap kepekaan yang tinggi berkaitan dengan pelaksanaan PKP walaupun turut terjejas teruk akibat pelaksanaan PKP. Hal ini demikian kerana pemantauan pihak berwajib adalah sangat ketat dan teratur.

Item Type: Article
Keyword: Reaksi , Pulau Gaya , Perintah kawalan pergerakan , COVID-19 , Sabah , Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
?? RA0421 ??
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 27 May 2021 09:40
Last Modified: 27 May 2021 09:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26998

Actions (login required)

View Item View Item