Kota indah, Kota ilmu

Jakaria Dasan (2008) Kota indah, Kota ilmu. New Sabah Times. p. 7.

[img]
Preview
Text
ar0000000005.pdf

Download (68kB) | Preview

Abstract

Majlis Perarakan Graduan Berjubah Universiti Malaysia Sabah dengan tema �Kota Ilmu Penjana Warga Cemerlang� diadakan buat kali yang kedua pada tahun ini iaitu pada 21 Ogos 2008. Perarakan bermula dari Dewan Masyarakat Kota Kinabalu, dan seterusnya melalui Jalan Pantai menuju ke perkarangan Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Perarakan ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan antara warga bandaraya (town) dan juga warga universiti atau berjubah (gown). Selaku Mayor Bandaraya Kota Kinabalu DBKK, YBhg Datuk Iliyas Ibrahim, akan menyambut rombongan ini dan seterusnya menyempurnakan acara penyerahan Kunci Bandaraya kepada semua wakil graduan UMS yang menerima ijazah sarjana muda mereka pada Majlis Konvokesyen UMS dari 23 hingga 25 Ogos 2008. Konsep perarakan Majlis adalah sepertimana yang biasanya dilakukan semasa sidang konvokesyen. Aktiviti ini akan memberi peluang kepada masyarakat Sabah khususnya dan pelawat luar negeri Sabah dan pelancong asing untuk menyaksikan sendiri mengenai perarakan yang biasanya hanya dapat dipertontonkan dalam dewan bertutup seperti Dewan Canselor. Masyarakat Bandaraya Kota Kinabalu dan dari luar Kota Kinabalu pastinya berasa amat beruntung kerana berkesempatan menyaksikan suatu perarakan yang mungkin tidak pernah mereka tontoni selama ini. Melihat perarakan universiti di tengah-tengah Bandaraya pastinya dapat menyingkap kembali tirai nostalgia sewaktu melalui konvokesyen di universiti dahulu dan sekaligus boleh merangsang kembali jiwa untuk bertekad ingin terus maju dengan mula membudayakan kembali pembelajaran sepanjang hayat. Disamping itu, perarakan berjubah ini sudah pasti merapatkan lagi hubungan silaraturrahim masyarakat Bandaraya dengan komuniti UMS.

Item Type: Article
Keyword: Robed procession
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education > LB2371-2372 Graduate education
L Education > L Education (General)
Department: SCHOOL > School of Business and Economics
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 24 May 2011 16:17
Last Modified: 13 Oct 2017 11:51
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2700

Actions (login required)

View Item View Item