Impak penubuhan Imbak Canyon Conservation Area (ICCA) ke atas komuniti setempat: kajian kes di Kampung Imbak, Tongod, Sabah, Malaysia

Andreas Pingking and Rosazman Hussin (2020) Impak penubuhan Imbak Canyon Conservation Area (ICCA) ke atas komuniti setempat: kajian kes di Kampung Imbak, Tongod, Sabah, Malaysia. Journal of Borneo Social Transformation Studies, 6 (1). pp. 289-308. ISSN 2462-2095

[img] Text
Impak penubuhan Imbak Canyon Conservation Area (ICCA) ke atas komuniti setempat, kajian kes di Kampung Imbak, Tongod, Sabah, Malaysia-Abstract.pdf
Restricted to UNSPECIFIED

Download (63kB)
[img] Text
Impak penubuhan Imbak Canyon Conservation Area (ICCA) ke atas komuniti setempat, Kajian kes di Kampung Imbak, Tongod, Sabah, Malaysia.pdf
Restricted to Registered users only

Download (651kB)

Abstract

Penglibatan masyarakat dalam kawasan perlindungan merupakan isu kritikal terutama dalam konteks kawasan pemuliharaan alam semulajadi. Kejayaan pembangunan di kawasan perlindungan dan pemuliharaan alam semulajadi adalah sangat penting terutamanya untuk melibatkan penyertaan masyarakat setempat dalam proses membuat keputusan atau komuniti setempat mendapat keuntungan daripada kawasan perlindungan atau pemuliharaan alam semulajadi tersebut. Ini kerana penubuhan Imbak Canyon Conservation Area (ICCA) memberi kesan positif dan negatif kepada masyarakat setempat. Masyarakat setempat di kampung Imbak telah lama tinggal berhampiran di kawasan ICCA sejak dulu lagi. Bagaimanapun, pihak kerajaan Negeri Sabah telah mewartakan Kawasan Imbak Canyon sebagai Hutan Simpan Kelas 1 (Perlindungan) pada tahun 2009. Oleh itu, terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh masyarakat setempat demi meneruskan amalan dan aktiviti penghidupan harian mereka selama ini yang berasaskan sumber hutan sebelum ICCA ditubuhkan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Kaedah temu bual mendalam adalah kaedah pengumpulan data yang digunakan; enam orang informan yang terdiri daripada ketua kampung Imbak, penduduk Kampung Imbak dan tiga orang penduduk kampung yang bekerja sebagai kakitangan di kawasan Pemuliharaan Imbak Canyon telah ditemu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kesan positif penubuhan ICCA ke atas ahli komuniti setempat sebagai hasil daripada penglibatan mereka dalam aktiviti ekopelancongan seperti menjadi penyedia inap desa di ICCA. Oleh itu, hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan sumber data lapangan kepada pihak berkepentingan untuk mempertimbangkan kebijakan pembangunan alam semulajadi yang disebut sebagai pendekatan pemuliharaan berasaskan komuniti di ICCA.

Item Type: Article
Keyword: Kawasan konservasi Imbak Kanyon (ICCA) , Penyertaan komuniti , Pemuliharaan alam sekitar , Kepelbagaian biologi , Imbak Canyon
Subjects: H Social Sciences > HC Economic history and conditions
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 09 Jun 2021 11:58
Last Modified: 09 Jun 2021 11:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27170

Actions (login required)

View Item View Item