Kerancuan bahasa dalam karangan murid Sekolah Menengah di daerah Tuaran, Sabah

Anne Jeffrey Kihob and Saidatul Nornis Mahali (2020) Kerancuan bahasa dalam karangan murid Sekolah Menengah di daerah Tuaran, Sabah. MANU, 31 (2). pp. 97-132. ISSN 2590-4086 (Submitted)

[img] Text
Kerancuan bahasa dalam karangan murid Sekolah Menengah di daerah Tuaran, Sabah abstract.pdf

Download (36kB)
[img] Text
Kerancuan bahasa dalam karangan murid Sekolah Menengah di daerah Tuaran, Sabah fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (447kB)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kepekaan murid sekolah menengah luar bandar di daerah Tuaran, Sabah menggunakan bahasa Melayu yang standard dalam karangan mereka. Sebanyak 70 hasil karangan murid tingkatan empat dari tiga buah sekolah menengah dianalisis satu persatu menggunakan kaedah kualitatif analisis kandungan. Respons bertulis juga diperoleh daripada semua murid untuk mengetahui sebab mereka mencampuradukkan bahasa dalam karangan bahasa Melayu. Hasil penelitian menunjukkan bahawa 55 hasil karangan mengandungi percampuran bahasa. Berdasarkan jumlah tersebut, 14 hasil karangan mengandungi percampuran bahasa dalaman sahaja. 41 hasil karangan yang lain pula mengandungi percampuran bahasa Inggeris. Kemudian, daripada jumlah tersebut, 28 buah karangan mengandungi kedua-dua jenis percampuran bahasa iaitu bahasa dalaman dan bahasa Inggeris. Berdasarkan respons bertulis dan temu bual dengan murid tentang sebab adanya perkataan bahasa Inggeris dalam karangan mereka, percampuran bahasa berlaku kerana keterbiasaan dan tidak mengetahui padanan yang betul dalam bahasa Melayu. Dapatan ini menunjukkan bahawa adanya kelemahan murid menggunakan bahasa Melayu standard dalam komunikasi bertulis untuk menyampaikan sesuatu mesej. Kajian yang dijalankan bermanfaat untuk memberikan maklumat berkenaan tahap penguasaan bahasa Melayu murid sekolah menengah. Guru-guru juga boleh menggunakan maklumat yang diperoleh untuk mencari cara yang sesuai bagi membantu murid meningkatkan kemahiran berbahasa Melayu yang standard khususnya dalam penulisan karangan.

Item Type: Article
Keyword: Link Fabrication , SDN , Controller , High Order Logic
Subjects: ?? LB1603 ??
?? QA76 ??
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 01 Jul 2021 22:10
Last Modified: 01 Jul 2021 22:18
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27178

Actions (login required)

View Item View Item