Kesan komitmen organisasi pendidikan sebagai moderator ke atas hubungan kepimpinan teknologi pengetua dalam pengurusan kurikulum dengan efikasi kendiri guru

Roslee Talip and Tisebio Anak Tiop (2020) Kesan komitmen organisasi pendidikan sebagai moderator ke atas hubungan kepimpinan teknologi pengetua dalam pengurusan kurikulum dengan efikasi kendiri guru. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5 (3). pp. 30-46. ISSN 2504-8562

[img] Text
Kesan Komitmen Organisasi Pendidikan Sebagai Moderator ke atas Hubungan Kepimpinan Teknologi Pengetua dalam Pengurusan Kurikulum dengan Efikasi Kendiri Guru abstract.pdf

Download (35kB)
[img] Text
Kesan Komitmen Organisasi Pendidikan Sebagai Moderator ke atas Hubungan Kepimpinan TeknologiPengetua dalam Pengurusan Kurikulum dengan Efikasi Kendiri Guru.pdf
Restricted to Registered users only

Download (863kB)

Abstract

Kajian ini yang dijalankan adalah mengenai kepimpinan teknologi pengetua dalam pengurusan kurikulum, efikasi kendiri guru dan komitmen organisasi pendidikan. Secara khususnya, kajian ini juga mengenal pasti hubungan kepimpinan teknologi pengetua dalam pengurusan kurikulum dengan efikasi kendiri guru. Seterusnya, kajian ini juga mengenal pasti kesan komitmen organisasi pendidikan sebagai moderator dalam hubungan kepimpinan teknologi pengetua dalam pengurusan kurikulum dengan efikasi kendiri guru. Kajian ini adalah kajian berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen dan dianalisis menggunakan perisian SPSS 25.0. Data dikumpul menggunakan satu set borang soal selidik adaptasi yang ditadbir ke atas 306 orang guru. Analisis deskriptif menunjukkan kepimpinan teknologi pengetua dalam pengurusan kurikulum, efikasi kendiri guru dan komitmen organisasi pendidikan diamalkan pada tahap yang tinggi. Ujian korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan linear positif yang sederhana bagi kepimpinan teknologi pengetua dalam pengurusan kurikulum dengan efikasi kendiri guru. Manakala, dengan menggunakan regresi hierarki didapati bahawa pentadbir perlu meningkatkan komitmen organisasi kerana ianya memberi kesan moderator yang positif terhadap hubungan kepimpinan teknologi pengetua dalam pengurusan kurikulum dan efikasi kendiri guru. Implikasi dan cadangan kajian lanjut turut dibincangkan.

Item Type: Article
Keyword: Kepimpinan Teknologi Pengetua Dalam Pengurusan Kurikulum , Efikasi Kendiri Guru , Komitmen Organisasi Pendidikan
Subjects: L Education > L Education (General)
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 14 Jun 2021 14:26
Last Modified: 14 Jun 2021 14:26
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27202

Actions (login required)

View Item View Item