Kebangkitan semula fahaman politik berbilang kaum melalui slogan ‘Sabah for Sabahan’ di Sabah

Romzi Ationg and Mohd. Sohaimi Esa and Mohd Azri Ibrahim and Jualang Azlan Gansau and Andreas Totu and Irma Wani Othman (2021) Kebangkitan semula fahaman politik berbilang kaum melalui slogan ‘Sabah for Sabahan’ di Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6 (1). pp. 70-79. ISSN 2504-8562

[img] Text
Kebangkitan semula fahaman politik berbilang kaum melalui slogan ‘Sabah for Sabahan’di Sabah FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (320kB) | Request a copy
[img] Text
Kebangkitan semula fahaman politik berbilang kaum melalui slogan ‘Sabah for Sabahan’ di Sabah ABSTRACT.pdf

Download (56kB)

Abstract

Artikel ini membentangkan perbincangan tentang kebangkitan semula fahaman politik berbilang kaum di Sabah melalui slogan ‘Sabah for Sabahan’. Adalah didapati bahawa selepas beberapa dekad berhadapan dengan isu perkauman, Sabah semakin memahami hakikat bahawa mempolitikkan perbezaan etnik hanya akan membawa kepada kehancuran. Keadaan ini didapati sebagai kesan kepada penggunaan slogan "Sabah for Sabahan". Oleh itu, slogan tersebut wajar dianggap sebagai salah satu faktor penting dalam proses perkembangan atau juga kebangkitan semula ideologi politik berbilang etnik di Sabah. Dalam erti kata yang lain, artikel ini telah menunjukkan bahawa perubahan ciri politik dalam masyarakat yang dicirikan oleh kepelbagaian boleh dilakukan melalui penciptaan dan penggunaan meluas slogan politik khusus yang sangat signifikan dengan kehendak serta keperluan semasa penduduk dalam sesebuah unit pentadbiran seperti kampung, bandar dan negara.

Item Type: Article
Keyword: Sabah , Fahaman Politik , Berbilang Kaum , Slogan Politik
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 22 Jun 2021 12:03
Last Modified: 05 Jul 2021 16:22
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27313

Actions (login required)

View Item View Item