Penerapan nilai-nilai murni menerusi pendidikan informal dalam amalan pembuatan kuih tradisional etnik Brunei di Sabah

Surayah Hj Bungsu and Humin Jusilin (2020) Penerapan nilai-nilai murni menerusi pendidikan informal dalam amalan pembuatan kuih tradisional etnik Brunei di Sabah.

[img] Text
Penerapan nilai-nilai murni menerusi pendidikan informal dalam amalan pembuatan kuih tradisional etnik Brunei di Sabah.pdf

Download (39kB)
[img] Text
Penerapan nilai-nilai murni menerusi pendidikan informal dalam amalan pembuatan kuih tradisional etnik Brunei di Sabah1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (233kB)

Abstract

Etnik Brunei dalam kajian ini terkenal dengan kearifan dalam pembuatan kuih-muih tradisional dalam pelbagai nama, rupa, bentuk dan rasa yang diwarisi secara turun-temurun. Kajian ini dijalankan untuk menyingkap nilainilai murni dalam pembuatan kuih tradisional yang mempunyai signifikan dalam pembentukan sahsiah dan pemikiran dalam kalangan pelajar. Kajian juga membincangkan nilai estetika yang diwarisi secara turuntemurun. Nilai-nilai murni dan kearifan tempatan yang terkandung dalam pembuatan kuih tradisional dalam konteks budaya etnik brunei adalah pancaran pemikiran yang kreatif, menjelaskan jati diri, sistem kepercayaan beragama dan identiti budaya mereka. Kajian ini melibatkan perkampungan etnik Brunei iaitu di Kampung Weston yang terletak di daerah Beaufort, Sabah. Data-data penyelidikan dianalisis dengan menggunakan pendekatan Feldman, B.E. (1967) yang mencadangkan empat tahap yang sistematik iaitu tahap deskripsi, analisis formal, interpretasi dan penilaian. Kajian yang bersifat kualitatif ini menggunakan data-data kajian daripada lapangan melalui kaedah seperti temu bual, pemerhatian dan penglibatan turut serta oleh pengkaji. Informan yang terlibat dipilih berdasarkan kepakaran dan pengalaman dalam pembuatan kuih-muih tradisional serta kearifan mereka tentang adat dan upacara budaya etnik Brunei. Kajian ini mendapati bahawa kewujudan kuih-muih tradisional yang diwarisi oleh etnik Brunei memaparkan nilai-nilai murni yang dapat menjadi sumber rujukan pendidikan informal seterusnya menjadi hasrat pendidikan ke arah pemantapan jati diri dalam pembentukan identiti pelajar yang berbudaya, kenal jati diri dan menghargai warisan leluhur sebagai suatu khazanah yang perlu dipelihara.

Item Type: Proceedings
Keyword: Etnik Brunei, Nilai-nilai Murni, Pendidikan Informal, Jati Diri, Kuih Tradisional
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia
G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Jun 2021 16:11
Last Modified: 22 Jun 2021 16:11
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27351

Actions (login required)

View Item View Item