Binaan struktur pembentukan sintaksis Perancis-Melayu

Mohd Nor Azan Abdullah and Sylviane Cardey Greenfield and Peter Green (2020) Binaan struktur pembentukan sintaksis Perancis-Melayu.

[img] Text
Binaan struktur pembentukan sintaksis Perancis-Melayu.pdf

Download (36kB)
[img] Text
Binaan struktur pembentukan sintaksis Perancis-Melayu1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (316kB)

Abstract

Penulis memilih sembilan sintaksis bahasa Perancis dan diterjemahkan sintaksis tersebut ke dalam bahasa Melayu. Tujuan terjemahan sintaksis tersebut adalah untuk menganalisis perbezaan dan persamaan unsur linguistik seperti kedudukan kata kerja, kata sendi, penyesuaian morfem mengikut gender, jamak dan tunggal yang terdapat dalam sistem sintaksis bahasa Perancis. Kesemua binaan struktur sintaksis tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Memandangkan bahasa Perancis merupakan bahasa Indo-Eropah yang terletak di bawah rumpun bahasa Latin manakala bahasa Melayu merupakan bahasa Malaynesia dan berada dalam rumpun bahasa Melayu maka terjemahan sintaksis tersebut bertujuan untuk membandingkan kedudukan elemen linguistik sama ada ianya diwakili oleh elemen gramatikal yang sama bagi kedua-dua rumpun bahasa yang berbeza. Sistem morfologi sintaksis Perancis bersifat fleksi sebaliknya sebahagian unsur linguistik kata kerja dan kata nama bahasa Melayu bersifat aglutinatif yakni kata kerja dan kata nama bahasa Melayu sebahagian besarnya terbentuk melalui morfem terikat. Hasil kajian ini dapat memberikan kefahaman kepada tenaga pengajar, pelajar, penterjemah dan pembaca mengenai sistem peraturan gramatikal sintaksis bagi kedua-dua bahasa tersebut. Kaedah kajian merupakan kaedah perpustakaan dengan merujuk bukubuku, laman sesawang dan dokumen yang berkaitan. Kepentingan kajian ini adalah untuk memberikan pengetahuan kepada pembaca mengenai pembentukan elemen linguistik sintaksis bagi kedua-dua bahasa melalui analisis struktur binaan sintaksis.

Item Type: Proceedings
Keyword: Struktur, Pembentukan, Sintaksis, Perancis-Melayu
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Jun 2021 16:14
Last Modified: 23 Jun 2021 12:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27353

Actions (login required)

View Item View Item