Sumbangan tun sakaran dandai di dalam perkembangan dakwah islam di Semporna, Sabah

Mohd Nasrun Mohd Talib and Saifulazry Mokhtar (2020) Sumbangan tun sakaran dandai di dalam perkembangan dakwah islam di Semporna, Sabah.

[img] Text
Sumbangan tun sakaran dandai di dalam perkembangan dakwah islam di Semporna, Sabah.pdf

Download (38kB)
[img] Text
Sumbangan tun sakaran dandai di dalam perkembangan dakwah islam di Semporna, Sabah1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (199kB)

Abstract

Pendakwahan Islam di daerah Semporna, Sabah pada era sebelum merdeka tidak begitu baik meskipun semangat keislaman itu telah berada dalam masyarakat. Adat istiadat bersifat animisme yang masih diamalkan sejak dahulu telah sebati dalam budaya kehidupan mereka. Tun Sakaran Dandai, adalah tokoh politik berpengaruh di daerah Semporna telah berjaya mengetegahkan ajaran Islam secara menyeluruh dalam kalangan masyarakat di sana. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis sumbangan dan peranan beliau dalam perkembangan dakwah Islam di daerah Semporna melalui beberapa medium iaitu Pertubuhan Islam Seluruh Sabah USIA dan Yayasan Sabdi (Sakaran bin Dandai). Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah temu bual bersama penduduk setempat dan mereka yang rapat dengan beliau serta pengumpulan data dari buku-buku, jurnal dan laporan yang berkaitan. Hasil dapatan mendapati penglibatan Tun Sakaran Dandai dalam karier politik merupakan pengaruh terbesar dalam penyebaran dakwah Islamiah di daerah Semporna, Sabah. Kewibawaan beliau sebagai seorang ahli politik yang menerapkan konsep dakwah dalam diri dan alam karier politiknya terutama di negeri Sabah terbukti dengan pengiktirafan sebagai Tokoh Maal Hijrah 2017. Justeru, kejayaan ini jelas membuktikan bahawa beliau merupakan contoh pemimpin politik yang berjaya menyampaikan risalah dakwah dengan baik dan perlu dicontohi dan diteladani oleh pemimpin-pemimpin masyarakat yang ada pada masa kini.

Item Type: Proceedings
Keyword: Dakwah, Politics, Tun Sakaran Dandai, Semporna, Sabah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
J Political Science > JA Political science (General)
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 23 Jun 2021 12:18
Last Modified: 23 Jun 2021 12:18
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27372

Actions (login required)

View Item View Item