Makna segulung ijazah (Rencana khas sempena Majlis Konvokesyen UMS kali ke-11)

Jakaria Dasan (2009) Makna segulung ijazah (Rencana khas sempena Majlis Konvokesyen UMS kali ke-11). New Sabah Times. p. 8.

[img]
Preview
Text
ar0000000027.pdf

Download (86kB) | Preview

Abstract

Pada 10, 12 dan 13 Oktober 2009, Universiti Malaysia Sabah (UMS) buat kesekian kalinya mengadakan Majlis Konvokesyennya. Konvokesyen kali yang ke-11 ini menyaksikan seramai lebih kurang 4,435 orang graduan lulusan Doktor Falsafah, Sarjana, Diploma Pascasiswazah, Sarjana Muda dan Diploma Pengajian Islam bergraduat. Pada masa yang sama, sepanjang seminggu itu, UMS sekali lagi dibanjiri oleh puluhan ribu ibu bapa, sahabat handai dan taulan serta masyarakat dari seluruh pelusuk tanahair. Penerbangan MAS dan AirAsia dilaporkan sentiasa dinaiki oleh kumpulan penumpang yang tiket akhir mereka ialah ke UMS dan bukannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Hotel di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu mendapat tempahan penginapan yang bertali arus. Rezeki usahawan, khususnya yang berpeluang berniaga di Pesta Konvo Tamu Gadang melimpah ruah selepas berniaga di Bazaar Ramadhan. Impak Majlis Konvokesyen ini turut dirasai dengan kesesakan lalu lintas khususnya di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu dan kawasan berhampiran dengan UMS. Sepertimana lazimnya, Majlis Konvokesyen UMS sentiasa menceriakan suasana Bandaraya Kota Kinabalu. Kemeriahan berkonvo dimulakan dengan Pesta Konvo Tamu Gadang yang disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah yang juga merupakan Canselor UMS pada 6 Oktober 2009. Selepas itu diadakan pula Majlis Perarakan Graduan Berjubah “Town and Gown,� yang menyaksikan kesinambungan keakraban hubungan di antara Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan UMS pada 8 Oktober 2009. Sederetan kakitangan pengurusan dan akademik serta wakil graduan dan pasukan beruniform UMS berarak masuk ke Bandaraya Kota Kinabalu menuju ke perkarangan bangunan ibu pejabat DBKK. Kumpulan ini disambut oleh Mayor DBKK iaitu suatu simbolik penerimaan mahasiswa UMS sebagai warga Bandaraya Kota Kinabalu.

Item Type: Article
Keyword: Convocation caremony
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB3525-3575 Special days
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education > LB2371-2372 Graduate education
Department: SCHOOL > School of Business and Economics
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 20 May 2011 15:07
Last Modified: 13 Oct 2017 12:09
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2738

Actions (login required)

View Item View Item