Kawasan rukun tetangga: suatu kajian dalam konteks kesepaduan sosial di daerah Kota Kinabalu

Mohd Sohaimi Esa and Budi Anto Mohd Tamring and Mohd Azri Ibrahim and Irma Wani Othman and Siti Aidah Lokin and Romzi Ationg (2020) Kawasan rukun tetangga: suatu kajian dalam konteks kesepaduan sosial di daerah Kota Kinabalu.

[img] Text
Kawasan rukun tetangga.pdf

Download (38kB)
[img] Text
Kawasan rukun tetangga1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (126kB) | Request a copy

Abstract

Kawasan Rukun Tetangga (KRT) atau dikenali sebagai Skim Rukun Tetangga (SRT) mula diperkenalkan di Malaysia sejak Ogos 1975. Pada mulanya, tujuan penubuhannya lebih kepada isu-isu keselamatan penduduk di sesuatu kawasan penempatan. Namun demikian, tujuan KRT telah mengalami beberapa perubahan dengan lebih bersifat komprehensif dan dinamik sehingga dapat dikaitkan dengan memupuk semangat kesepaduan sosial. Perubahan tujuan ini dapat dilihat apabila kerajaan memperkenalkan Model Transformasi Rukun Tetangga (2010) dan Akta Rukun Tetangga (2012). Justeru itu, kertas kerja ini akan membincangkan sejauhmana KRT yang ditubuhkan telah berjaya melaksanakan peranannya sebagai medium untuk memupuk kesepaduan sosial dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik dan agama. Kajian ini dilakukan di beberapa KRT di daerah Kota Kinabalu. Kaedah temu bual, pemerhatian dan kajian lapangan digunakan dalam kajian ini. Berdasarkan hasil kajian mendapati KRT menjadi antara medium terpenting dalam memupuk kesepaduan sosial dalam kalangan masyarakat setempat di negara ini.

Item Type: Proceedings
Keyword: Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Kesepaduan Sosial, Kota Kinabalu
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 23 Jun 2021 20:09
Last Modified: 25 Jun 2021 10:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27392

Actions (login required)

View Item View Item