Pengaruh kurikulum dan iklim sekolah terhadap sikap akademik murid di institusi tahfiz

Muhamad Suhaimi Taat and Roslee Talip and Musirin Mosin (2020) Pengaruh kurikulum dan iklim sekolah terhadap sikap akademik murid di institusi tahfiz.

[img] Text
Pengaruh kurikulum dan iklim sekolah terhadap sikap akademik murid di institusi tahfiz.pdf

Download (42kB)
[img] Text
Pengaruh kurikulum dan iklim sekolah terhadap sikap akademik murid di institusi tahfiz1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (223kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh kurikulum dan iklim sekolah terhadap sikap akademik murid tahfiz di Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 81 orang murid tahap dua (tahun 4 – 6) daripada 3 buah sekolah rendah tahfiz swasta di sekitar Kota Kinabalu terlibat dalam kajian ini. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan keratan rentas dengan mengedarkan borang soal selidik kepada responden kajian. Soal selidik ini telah dibina oleh para penyelidik dan telah melalui proses-proses kesahan dan kebolehpercayaan. Analisis deskriptif menunjukkan variabel sikap murid menunjukkan tahap yang tinggi dengan skor min melebihi 3.80, manakala bagi variabel iklim sekolah, dapatannya adalah pada tahap sederhana (Min=3.56, SP=0.530). Bagi variabel kurikulum pula, kebanyakan murid mempelajari mata pelajaran-mata pelajaran utama yang sama dipelajari di sekolah-sekolah rendah bantuan penuh kerajaan di samping mata pelajaran al-Quran. Namun begitu, tiada seorang pun yang mempelajari mata pelajaran Pendidikan Komputer. Analisis regresi berganda yang dijalankan menunjukkan hanya variabel iklim sekolah mempengaruhi secara signifikan 25.1% terhadap sikap akademik murid tahfiz. Diharapkan kajian ini akan dapat memberikan maklumat berguna untuk penambahbaikan institusi tahfiz di dalam negara kita.

Item Type: Proceedings
Keyword: Kurikulum, Iklim Sekolah, Sikap Akademik, Tahfiz
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
L Education > L Education (General)
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 25 Jun 2021 10:56
Last Modified: 25 Jun 2021 10:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27415

Actions (login required)

View Item View Item