Kajian rintis: hubungan antara penglibatan sukan dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar luar bandar di negeri Sabah

Md. Safwan Samsir (2020) Kajian rintis: hubungan antara penglibatan sukan dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar luar bandar di negeri Sabah.

[img] Text
Kajian rintis.pdf

Download (42kB)
[img] Text
Kajian rintis1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (96kB)

Abstract

Secara umumnya, sekolah di pedalaman Sabah sering dikaitkan dengan kesusahan hidup termasuk dalam aspek akses kemudahan asas seperti kesihatan mahupun fasiliti sukan. Keadaan ini memberikan cabaran hebat dalam melahirkan pelajar yang bersifat holistik dan seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani yang mana salah satu pendekatan yang boleh dilakukan dalam mencapai matlamat tersebut ialah melalui penglibatan Sukan dan aktiviti fizikal (Bradley et al 2013). Bagi pelajar yang berada di bandar, akses kepada kemudahan sukan adalah mudah berbanding pelajar di pedalaman. Bersukan dan riadah menjadi satu keperluan pelajar di bandar untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat (T.Dexter, 1999). Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk melihat adakah penglibatan sukan memberikan kesan kepada pencapaian akademik di kalangan pelajar luar bandar di negeri Sabah. Seramai 80 orang (n=80, lelaki=53) pelajar sekolah (umur, min=16 tahun) di pedalaman negeri Sabah di Ranau dan Kota Marudu telah di ambil. Global Physical Activity Questionnaire (GPAQ) digunakan dan dapatan kajian menunjukkan pelajar luar bandar mempunyai min skor yang tinggi dalam aktiviti fizikal (nilai MET=8.0). Dari aspek pencapaian akademik pula, Data yang digunakan ialah nilai gred pelajar pada peperiksaan akhir. Ujian korelasi menunjukkan hubungan yang tinggi (r = 0.83, p = 0.04) di antara pencapaian akademik seseorang dengan penglibatan sukan dan aktiviti fizikal. Kajian terdahulu juga turut mendapati bahawa penglibatan sukan dan aktiviti fizikal mampu menyumbang kepada pencapaian akademik yang baik (Claudia et al, 2010). Malah, sukan dan aktiviti fizikal bukan sahaja mampu memberikan kesan positif ke atas kesihatan fizikal, malah turut menyumbang kepada peningkatan psikososial dan kualiti hidup seseorang (Allender et al, 2006).

Item Type: Proceedings
Keyword: Luar Bandar, Akademik, Sukan
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV557-1198.995 Sports
?? LB1603 ??
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 25 Jun 2021 11:00
Last Modified: 25 Jun 2021 11:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27417

Actions (login required)

View Item View Item