Kedudukan bahasa arab dalam kalangan masyarakat kadazandusun muslim di daerah Ranau

Mohd. Taqwudin Mohd. Yazid and Suraya Sintang and Asiah Abas and Saidatul Nornis Hj. Mahali and Veronica Petrus Atin (2020) Kedudukan bahasa arab dalam kalangan masyarakat kadazandusun muslim di daerah Ranau.

[img] Text
Kedudukan bahasa arab dalam kalangan masyarakat kadazandusun muslim di daerah Ranau.pdf

Download (38kB)
[img] Text
Kedudukan bahasa arab dalam kalangan masyarakat kadazandusun muslim di daerah Ranau1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (334kB)

Abstract

Kedatangan Islam di daerah Ranau telah memberikan kesan signifikan terhadap ragam kehidupan beragama dalam kalangan masyarakat setempat, khususnya masyarakat Kadazandusun. Masyarakat Kadazandusun yang menerima Islam sebagai satu cara hidup didapati menggunakan bahasa Arab rentetan daripada wujudnya hubungan timbal balas (reciprocal) antara agama Islam, bahasa Arab dan budaya setempat. Kajian ini cuba merungkai kedudukan bahasa Arab dalam kalangan masyarakat Kadazandusun muslim melalui penelitian ke atas pengaruh hubungan timbal balas tersebut terhadap penggunaan bahasa Arab. Objektif pertama kajian ini ialah mengenalpasti tujuan penggunaan bahasa Arab dalam kehidupan seharian masyarakat kadazandusun. Manakala objektif kedua ialah mengenalpasti persepsi masyarakat Kadazandusun terhadap bahasa Arab. Kajian kuantitatif ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen pengumpulan data, manakala data kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan ukuran kekerapan serta peratusan. Sampel kajian dipilih secara rawak dan melibatkan seramai 392 responden Kadazandusun muslim di daerah Ranau yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang sama ada dari sudut jantina, umur, status perkahwinan, pekerjaan dan tahap pendidikan. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan bahasa Arab hanya terhad untuk tujuan ibadah dan bukan sebagai bahasa komunikasi harian. Di samping itu, hasil kajian menunjukkan bahawa persepsi masyarakat Kadazandusun muslim terhadap bahasa Arab adalah sangat baik. Diharapkan akan ada kajian pada masa hadapan yang menyentuh secara langsung berkenaan modul pembelajaran bahasa Arab untuk tujuan ibadah dengan mengambil kira cadangan daripada anggota masyarakat setempat.

Item Type: Proceedings
Keyword: Persepsi, Kehidupan Beragama, Masyarakat Kadazandusun, Bahasa Arab
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 25 Jun 2021 11:04
Last Modified: 25 Jun 2021 11:04
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27421

Actions (login required)

View Item View Item