Efikasi guru prasekolah dalam pengajaran bahasa inggeris

Sitti Idriyanih Bakri and Abdul Said Ambotang (2020) Efikasi guru prasekolah dalam pengajaran bahasa inggeris.

[img] Text
Efikasi guru prasekolah dalam pengajaran bahasa inggeris.pdf

Download (38kB)
[img] Text
Efikasi guru prasekolah dalam pengajaran bahasa inggeris1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (143kB)

Abstract

Kajian dijalankan bertujuan mengetahui tahap efikasi pengajaran Bahasa Inggeris dalam kalangan guru prasekolah di Sabah. Tahap efikasi pengajaran Bahasa Inggeris sebagai pemboleh ubah bersandar manakala kompetensi guru dan motivasi guru merupakan pemboleh ubah tidak bersandar. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan instrumen iaitu soal selidik. Populasi guru prasekolah di Sabah adalah seramai 1326 orang guru, namun hasil dapatan adalah berdasarkan kajian rintis yang dijalankan iaitu melibatkan 120 orang guru prasekolah yang terdiri daripada sekolah daerah Kota Kinabalu. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Science (SPSS) untuk mendapatkan keputusan kajian yang tepat. Hasil dapatan kajian telah mendapati kompetensi guru prasekolah mempunyai hubungan yang positif dan mempunyai hubungan korelasi pada tahap sederhana dengan efikasi guru dalam mengajar Bahasa Inggeris di prasekolah. Manakala motivasi guru juga mempunyai hubungan yang positif dengan efikasi guru prasekolah dan mempunyai hubungan korelasi yang sangat kuat. Kedua-dua pemboleh ubah tidak bersandar mempunyai pengaruh terhadap efikasi guru apabila kedua-dua dapatan menunjukkan hasil kurang daripada 0.05.

Item Type: Proceedings
Keyword: Efikasi Pengajaran Bahasa Inggeris, Kompetensi, Motivasi, Guru Prasekolah
Subjects: ?? LB1501 ??
P Language and Literature > PE English language
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 Jun 2021 13:49
Last Modified: 27 Jun 2021 13:49
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27456

Actions (login required)

View Item View Item